Quantcast
Channel: Ummu Marjaan
Viewing all 65 articles
Browse latest View live

5 Jenis Sakit Kepala Dan Cara Mengatasinya

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim..


Hampir semua orang sering berdepan dengan masalah sakit kepala. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gejala ini terjadi. Antaranya ialah kurang tidur, stres disebabkan kerja (surirumah tidak terkecuali) atau belajar.


Ia boleh menjadi keseluruhan atau sbahagian kepala. Lebih teruk lagi, ia boleh menular ke wajah, mata, gigi, leher dan rahang bawah.Ia boleh datang dalam bentuk nyilu,berdenyut-denyut,berat, menusuk dan pelbagai lagi. Ada yang hanya mengalami sekejap sahaja, namun ada yang berhari-hari malah berbulan-bulan.

4 jenis sakit kepala yang perlu diketahui secara umumnya :

1. Sakit kepala sinus

Jika anda sering mengalami tekanan di sekitar mata, pipi, dan kening serta kepala berdenyut-denyut, ia mungkit disebabkan oleh penyakit sinusitis. Namun, janagn membuat andaian sendiri berkaitan sakit kepala ini kerana ramai yang menyangkakan mereka cuma mengalami migrain atau tension headache sahaja. Pemeriksaan doktor adalah sangat perlu.Sekiranya anda disahkan sinusitis, akan diberikan antibiotik, ubat untuk melegakan pernafasan atau terpaksa melakukan pembedahan. Jadi, untuk mengelakkan ianya terjadi :
  • Jagalah kebersihan saluran sinus
  • Selalu mencuci tangan
  • Jangan merokok dan terdedah kepada asap
  • Prihatin terhadap kelembapan udara sekeliling anda
  • Makan suplemen yang boleh membantu meningkatkan imun badan seperti NUTRIFERON (klik sini)

2. Tension headache

Ia boleh menyebabkan rasa sakit ringan atau sederhana di sekeliling kepala, leher, dan wajah. Boleh terjadi sekiranya anda stres, cemas atau letih. Sakit kepala seperti ini bersifat umum dan puncanya masih belum dikenalpasti. Namun ia mudah diubati dengan cara berikut :
  • Makan ubat atau suplemen yang betul. (UM selalunya mengambil B-Complex Shaklee untuk stres).
  • Tuamkan ais yang dibungkus dengan kain di kepala.
  • Mandi di bawah air hangat
  • Mengatur jadual kerja dengan baik
  • Ambil sedikit masa untuk diri sendiri dengan cara berehat dan bercuti
  • Picit perlahan pada bahagian otot kepala, leher dan bahu dengan hujung jari anda atau minta orang lain untuk melakukannya.

3. Migrain

Ia menyebabkan rasa sakit berulang-ulang di satu sisi kepala selama beberapa jam dan ada yang berlanjutan sehingga beberapa hari. Lebih teruk, anda hanya ingin berbaring di tempat yang sunyi dan gelap.

Ada beberapa tanda-tanda migrain seperti terlihat kilatan cahaya, lemas atau kebas pada kaki dan lengan. Kadang-kadang ia turut disertai rasa mual, muntah dan sangat sensitif terhadap cahaya dan suara.

Beberapa cara untuk mengurangkan simptom migrain adalah :
  • Lakukan perubahan pada gaya hidup anda . (pilih gaya hidup sihat dengan pilihan diet sihat dan senaman setiap hari)
  • Lakukan meditasi atau yoga dan peruntukkan masa sekurang-kurangnya setengah jam sehari untuk perkara yang menenangkan seperti mendengar alunan al-quran, berkebun atau membaca.
  • Dapatkan tidur yang cukup.
  • Jika stres, berehat di tempat gelap dan sunyi.
  • Tingkatkan amalan rohani seperti tilawah, zikir harian dan solat sunat serta qiamulail yang boleh memberikan ketenangan.
  • Sediakan satu diari dan tuliskan apa sahaja berkaitan migrain anda. Catatan tersebut membantu anda berjaga-jaga dengan punca migrain dan rawatan yang berkesan.

4. Cluster headache

Sakit kepala jenis inicukup menyakitkan. Kepala terasa seperti ditusuk pada satu bahagian dan kebiasaannya berlaku di sekitar mata. Ia sering menyerang kaum lelaki di malam hari dan sangat berkait rapat dengan pengambilan alkohol. Ia boleh terjadi berminggu-minggu malah lebih teruk berbulan-bulan. Namun, ia tidak seteruk mereka yang mengalami migrain atau tension headache. Pelbagai rawatan dapat membantu untuk mengurangkan daripada terkena serangan.
  • Jauhi minuman beralkohol
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Jangan merokok atau jauhkan diri dari asap rokok
  • Tetapkan rutin tidur anda setiap hari
  • Elakkan dari terdedah atau terhidu bahan-bahan meruap seperti minyak tanah,cat minyak atau petrol.

5. Hipertensi (tekanan darah tinggi)

Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan sakit kepala. Akibatnya kepala terasa berat dan leher menjadi tegang. Selain faktor keturunan, cara hidup dan pemakanan yang tidak sihat juga menjadi penyumbang kepada masalah ini.Pengambilan ubat-ubatan sahaja tidak membantu masalah ini.
  • Elakkan atau kurangkan makanan tinggi lemak dan garam
  • Kurangkan stres
  • Rajin bersenam
  • Amalkan gaya hidup sihat

AWAS ! Sakit kepala juga menjadi tanda penyakit kronik seperti strok, tumor dan radang otak. Segeralah berjumpa pakar jika mengalami sakit kepala yang amat teruk.


Tip menghilangkan sakit kepala tanpa ubat :
  • Minum air kosong, air limau atau teh hijau
  • Bernafas lebih tenang sambil menutup mata
  • Spa, Stim atau mandi air hangat
  • Picit atau urutan kepala yang betul
  • Meditasi dan tidur
  • Fikirkan perkara yang menyenangkan
  • Banyakkan berzikir 


Semoga bermanfaat.

Awas ! Soya Tidak Baik Untuk Kesihatan - Part 1

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Ramai juga di kalangan kita yang masih tertanya-tanya, benarkah soya penyebab kanser? Benarkah soya itu tidak baik untuk kesihatan ? .Sehingga sekarang, masih banyak pihak yang berbeza pendapat tentang soya ini.



Jom kita lihat, apa yang dikatakan tentang soya.

3 perkara utama yang sering digembar-gemburkan tentang keburukan soya :
  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Terdapat juga fakta-fakta lain yang menyokong 3 keburukan soya di atas :

  • Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual. Benarkah??

  • 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita.

  • Kacang soya mengandungi satu susunan fitokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi  iaitu isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan simptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.).Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone tidak dapat diekstrak terus dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

  • Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih tinggi berbanding kekacang lain.

Itulah beberapa informasi yang pernah UM baca tentang soya . Bahkan ada yang mengatakan soya akan merencatkan kesuburan lelaki !. Soya juga digembar-gemburkan kebaikannya kerana pengeluar utama kacang soya adalah Amerika Syarikat dan secara tidak langsung nilai komersial soya akan meningkat. Bahkan dibandingkan dengan pemakanan sunnah seperti kismis, kurma , buah tin , madu , habbatussauda' dan susu kambing.

Baiklah. Pendapat UM secara peribadi, sebagai orang yang pernah berada di dalam 'dunia makanan' dan 'pemakanan' ini, semua tumbuhan dan binatang yang diciptakan Allah adalah anugerah termasuklah kacang soya dan segala makanan lain termasuk makanan sunnah itu. Setiap satunya ada kelebihan dan kebaikannya kepada tubuh manusia. Dan kita sebagai manusia haruslah mengambil setiap satunya secara tidak berlebihan dan harus diingat, perlunya variasi dalam pola pemakanan seharian kita. Kenapa ? Kerana ada nutrien yang terkandung di dalam Buah A tidak ada di dalam Buah B. Itulah hikmahnya Allah menciptakan kepelbagaian dalam alam ini.Betul kan?

Berbalik kepada isu soya itu tadi, sebarang fakta mengenainya perlulah didasari dengan kajian yang mendalam dan ilmu bukan hanya mengambil sana-sini info tanpa mengkajinya. Fakta-fakta di atas ada masanya boleh diterima.

Ya! Benar. Soya boleh menjadi penyebab kanser! Bagaimana ?.

Dalam hal ini, kita perlu mengambil kira :
  • Sumber soya tersebut (GMO atau Non- GMO). Kenapa? Ianya sangat berkait rapat dengan terjadinya kanser.
  • Cara pemprosesan soya tersebut. Kenapa ? Ada cara pemprosesannya yang memberi seribu manfaat dan ada cara pemprosesannya yang menyebabkan soya berubah menjadi toksik kepada badan manusia!
      (Akan dikupas di dalam entri khas nanti. Tunggu ! )


 " Saya minum produk berasaskan soya jenama XXXX, katanya ia sudah melengkapi diet harian saya. Benarkah? ".
Tidak !. Susu soya atau produk soya semata-mata tidak mungkin melengkapi diet harian kita. Badan kita masih lagi memerlukan pelbagai nutrien yang mungkin ada di dalam makanan lain. Sebab itulah UM sendiri mengamalkan pemakanan sunnah (madu, kurma, kismis, habbatussauda',susu kambing) juga walaupun dalam masa yang sama mengambil makanan atau minuman berasaskan soya serta makanan tambahan yang lain untuk melengkapi keperluan nutrisi harian memandangkan pola pemakanan kita yang kurang teratur, pilihan makanan yang kebanyakannya menggunakan racun (di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan), cara memasak yang salah yang boleh melenyapkan nutrien dalam makanan dan sebagainya.

Untuk menjawab soalan di awal- awal entri ini dan juga informasi-informasi yang ditemui itu, suka UM kongsikan video di bawah. Mari kita tonton video ini hingga habis. Hehe


My Favourite Soy (klik sini)

Wallahu A'lam...Semoga bermanfaat untuk semua. PEACE !

Hindari 52 Pewarna, Aditif dan Pengawet Dalam Makanan Anak Kita

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi-pagi lagi UM melihat anak-anak kecil yang menangis disogokkan dengan gula-gula, makanan segera, air kotak, lolipop dan seangkatannya. Benarkan? Selain daripada penggunaan gajet-gajet yang menjadi bahan pemujuk yang kita tahu banyak kesan buruknya terhadap anak-anak kita jika dibiasakannya sehingga mereka sendiri 'addicted' dengan gajet , pemilihan makanan seperti ini dalam diet harian mereka juga boleh memberi kesan yang tidak baik. Ianya bukan sahaja merosakkan gigi, menyebabkan kekurangan nutrisi, namun, jika dibiasakan ianya akan menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit kronik yang lain dalam jangka masa yang panjang.

kesihatan anak


Oleh itu, ibu bapalah yang sepatutnya mencorakkan pola pemakanan bagi anak-anak. Ketahui 50 bahan pewarna, aditif dan pengawet yang ada di dalam makanan anak kita. Sebaik-baiknya hindarilah ia atau sekurang-kurangnya berusahalah untuk tidak memberikannya dalam kuantiti yang banyak kepada anak-anak.

Perhatikan bahan-bahan ini (jika ada) di dalam makanan sebelum diberikan kepada anak-anak.

Antara bahan pewarna yang biasa diletakkan di dalam makanan (food colouring) :
  1. Artificial colours Allura red AC 129
  2. Amaranth 123
  3. Azorubine, carmoisine 122
  4. Brilliant Black BN 151
  5. Brilliant Blue FCF133
  6. Brown HT, chocolate brown 155
  7. Erythrosine 127
  8. Green S, food green, acid brilliant green 142
  9. Indigotine, indigo carmine 132
  10. Ponceau, brilliant scarlet 4R 124
  11. Quinoline yellow 104
  12. Sunset yellow FCF 110
  13. Tartrazine 102
  14. Yellow 2G 107 Natural colour Annatto, bixin, norbixin 160b

Bahan pengawet yang biasa diletakkan di dalam makanan (food preservative) :
  1. Sorbic acids Calcium sorbate 203
  2. Potassium sorbate 202
  3. Sodium sorbate 201
  4. Sorbic acid 200 Benzoic acids Benzoic acid 210
  5. Calcium benzoate 213
  6. Potassium benzoate 212
  7. Sodium benzoate 211
  8. Sulphites (sulfites) Calcium hydrogen sulphite 227
  9. Calcium sulphite 226
  10. Potassium bisulphite 228
  11. Potassium metabisulphite 224
  12. Potassium sulphite 225
  13. Sodium bisulphite 222
  14. Sodium metabisulphite 223
  15. Sodium sulphite 221
  16. Sulphur dioxide 220 Antioxidants Butylated hydoxyanisole (BHA) 320
  17. Butylated hydroxytoluene (BHT) 321
  18. Dodecyl gallate 312
  19. Octyl gallate 311
  20. Propyl gallate 310
  21. tert-Butylhydroquinone (TBHQ) 319
  22. Propionic acids Calcium propionate 282
  23. Potassium propionate 283
  24. Propionic acid 280
  25. Sodium propionate 281
  26. Potassium nitrite 249
  27. Sodium nitrate 251
  28. Sodium nitrite 250

Bahan aditif yang biasa ditambah di dalam makanan untuk perisa dan penyedap makanan (flavour enhancer, food additive, added flavour ) :
  1. Glutamates Calcium dihydrogen diLglutamate 623
  2. Disodium guanylate 627
  3. Disodium inosinate 631
  4. L-Glutamic acid 620
  5. Hydrolysed vegetable protein, vegetable protein, yeast extract
  6. Magnesium di-L-glutamate 625
  7. Monoammonium L-glutamate 624
  8. Monopotassium glutamate 622
  9. Monosodium glutamate (MSG) 621
  10. Sodium 5′ ribonucleotide 635 
Terdapat banyak lagi pewarna, aditif dan pengawet makanan yang ada. Senarai di atas adalah sebahagiannya sahaja untuk rujukan kita sebagai ibu bapa. Bahan-bahan ini adalah dibenarkan dalam penyediaan makanan, namun sebaiknya ianya dikurangkan dalam pengambilan makanan harian untuk kesan kesihatan yang lebih baik.

Selain itu, terdapat juga bahan-bahan aditif yang dimasukkan ke dalam makanan yang berfungsi sebagai anti-caking agent, bleaches,emulsifier, mineral salt, propellant, food acid, thickening agent, vegetable gums dan vitamin.

Kesimpulannya, sebagai ibu bapa, jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab dan berilmu dalam memilih makanan terbaik untuk anak-anak. Jangan salahkan mereka jika sistem imun mereka tidak kuat, hiperaktif , kurang fokus , lambat belajar dan sebagainya. Sebaiknya perhatikan apa yang kita beri mereka makan dan tidak dilupakan juga didikan kita terhadap mereka.

Rujukan :

Healthy Foods : George D. Pamplona-Roger, M.D, 2008

Added flavours many from Clarke, L and others, Dietitians Association of Australia review paper: ‘The dietary management of allergy and food intolerance in adults and children’, Aust J Nutr ; Diet (1996) 53:3; Royal Prince Alfred Hospital Allergy Unit.

‘The Simplified Elimination Diet’, available from dietitians; Dengate, S ‘Fed Up’, Random House, 1998; and Swain A and others.

‘Friendly Food’, Murdoch Books, 1991.


Wallahu A'lam. Semoga bermanfaat untuk semua.

9 Kaedah Berkesan Hapuskan Selulit Setelah Kehamilan

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Wanita dan kecantikan tidak boleh dipisahkan. Bagi ibu-ibu yang telah mengalami proses mengandung dan melahirkan, pasti tidak dapat lari daripada masalah selulit.


Setelah melahirkan anak, selulit (kelihatan seperti cacing) berwarna kehitaman muncul di sekitar punggung. Keadaan ini tetap sama walaupun saya menggunakan krim anti-selulit. Bagaimana cara untuk menghilangkannya?.

Apakah itu selulit ?

Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Selulit biasanya berlaku pada usia antara 25 hingga 35 tahun dan ia akan menjadi lebih banyak apabila umur semakin meningkat.

Bagaimanakah selulit terbentuk?

Ramai berpendapat selulit terbentuk akibat pertambahan berat badan berlebihan semasa hamil, diet yang tidak seimbang dan / atau kurang bersenam.

Sehubungan itu, ia juga mungkin disebabkan oleh pengumulan air dalam badan, peredaran darah yang tidak lancar dan penghasilan toksin dalam badan. Malah, perubahan aras hormon semasa kehamilan seringkali memburukkan lagi keadaan.

Kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah selulit setelah kehamilan atau bagi mereka yang mempunyai masalah ini adalah dengan melancarkan peredaran darah di kawasan selulit tersebut.

Selulit boleh diatasi dengan cara :
  1. Melakukan senaman secara konsisten dengan melibatkan bahagian yang terjejas akibat selulit tersebut.
  2. Mengurut kawasan selulit dua kali sehari sehingga selulit hilang
  3. Kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak, garam dan gula
  4. Minum air masak secukupnya
  5. Ubah pola pemakanan dan diet harian anda (Lebihkan sayuran dan buah-buahan)
  6. Ambil suplemen yang boleh memperbaiki peredaran darah dan membantu memecahkan lemak di kawasan selulit tersebut.
  7. Elakkan stres atau kawal stres sebaik mungkin
  8. Elakkan merokok dan hindari asap rokok
  9. Gunakan krim sapuan, minyak zaitun atau minyak aromaterapi yang sesuai
Paling penting untuk mengatasi selulit ini adalah SABAR dan KONSISTEN merawatnya. Kerana keberkesanannya bukan boleh dilihat dalam jangka masa sehari semalam. Seminggu pun belum tentu. Haha. Namun, ianya tidak mustahil. Tekad mesti kuat. Hodoh rasanya ada selulit di badan kan??

Susahkah untuk melakukan 9 kaedah itu ? Mudah jika kita mahu. Insya Allah.


Cara urutan selulit 2 kali sehari UM :

1. Rendamkan serbuk teh di dalam air panas (kuantiti yang banyak). Biarkan sejuk atau suam.

2. Sebelum mandi lumurkan serbuk teh yang sudah direndam tadi ke seluruh tubuh. Urut secara lembut. Lebihkan urutan di bahagian yang ada selulit.

Rendam teh banyak-banyak, simpan di dalam peti sejuk untuk seminggu. Mudahkan?

Suplemen cadangan untuk bantu hapus selulit cara UM : 

1. Energizing Soy Protein sebagai bekalan protein untuk pembinaan sel-sel sihat
    (baca khasiatnya di sini )
2. Herblax untuk melancarkan proses perkumuhan (baca khasiatnya di sini)
3. Alfalfa untuk membantu melancarkan peredaran darah dan detoks darah (baca khasiatnya di sini)
4. Lecithin untuk memecahkan lemak-lemak degil dan emulsi lemak (baca khasiatnya di sini)
5. Sustain release Vita-C sebagai antioksidan dan membantu pembinaan jaringan kolagen semulajadi badan (baca khasiatnya di sini )

Minyak dan sapuan badan untuk bantu hapus selulit yang UM guna :

1. Minyak Zaitun- lumurkan satu badan sebelum senaman di rumah
( senaman boleh menggunakan treadmill atau jump rope atau apa-apa yang sesuai)
2.Herbal blend -di sapu setiap malam pada kawasan yang mengalami selulit.

Alhamdulillah... cubalah dengan konsisten. Pasti. Hasilnya positif !.



Hot Kambing : Siapa Pernah Rasa?

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma Baarik lana...Hehe. Masih teringat-ingat lagi makan daging kambing dua hari lepas.
UM bukanlah peminat tegar daging kambing atau apa-apa daginglah. Paling suka makan ikan. Makan daging pun biasanya di tempat kenduri , Hari Raya Korban dan sesekali balik kampung emak tersayang masakkan gulai daging kegemaran suami. Harapkan UM masak daging....2 kali dalam setahun itu sudah cukup membanggakan. Haha.

Nak jadi cerita, menggodek-gedek Fb ni, terjumpalah iklan K.Sue Zulkifli ni. Belum pernah jumpa pun orangnya. Hot Kambing ! Entah macam mana mengidam ke apa, order lah satu pek 1/2 kg. Cuba dulu, nanti kalau sedap order lagi lah. Daging kambing yang sudah diperap dan sos lada hitam juga sos pudina, RM 42 (1 kg), RM 22 (1/2 kg). Berbaloi tak? UM rasa berbaloi. Daging kambing dah berapa sekilo kan. Bahan-bahan perap lagi, sos lagi nak dibuat. Ini siap hantar ke depan tangga rumah, order je. Fuh! Mudah kerja kita kan...Haha..

Ini rupanya...gambar yang disedut dari FB Sue Zulkifli. Gambar sendiri sempat ambil satu atau dua sahaja. Sebabnya....tiba-tiba, Eh! Dah habis daging kambingnya ! Haha.



 


Dan ini pek daging kambing 1/2 kg bersama sosnya yang dibeli


Nampak menyelerakan atau tidak ? Sos pudina tu sedap,rasa masam-masam sedikit dengan aroma daun pudina.

UM memang rekomenkan untuk sesiapa yang ingin makan daging kambing BBQ , bolehlah tempah ya. Sedap dan berbaloi, InsyaAllah.

Untuk warga Pantai Timur, boleh tengok di FB Page : Hot Kambing Pantai Timur.



Order lagi tu hari ini, tak tahan. Haha...Untuk Pn Ramlah juga kali ini. Alhamdulillah kongsi rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan.

Baiklah. Selamat menjamu selera. Salam Jumaat dari UM.


Angsa Kelabu dan Angsa Putih ...Telur angsa...Alahai!

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Saja UM mengambil kesempatan hari ini untuk promote angsa kelabu dan angsa putih ayah mertua den. Biasa orang cari .

Alkisah, memang ayah suka bela pelbagai jenis binatang. Kawasan rumah tak besar pun, tapi di belakang dapur ada kawasan angsa,itik, reban ayam, rumah kucing, rumah burung. Ada masanya itik bertelur, ayam kampung bertelur, memang tak habis makan. Mak pulak biasanya akan buat telur itik jeruk (telur masin), jual di kedai. Di depan rumah ada kolam ikan besar. Di dalamnya ada ikan gapi dan satu kolam lagi ikan kap. Entah, UM pun tidak pasti apa namanya yang betul. Jenis-jenis kucing tahulah... Hehe.

Paling best balik rumah mertua, UM dapat makan ayam kampung. Fuh! Fresh dari ladang...Inilah yang dikatakan rezeki. Alhamdulillah.

Sate ayam belanda pun pernah buat tau ! Pergh !! Boleh masuk dalam resepi makanan eksotik rasanya.

Jom layan gambar angsa - angsa yang sihat itu :

Angsa gemoks buah hati pengarang jantung ayah den..haha

Sekali beli makanan tu berguni-guni tau! Banyak betul makannya..



Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan :
  • Telur itik
  • Telur ayam kampung
  • Ikan gapi
  • Angsa Putih
  • Angsa Kelabu
  • Itik
  • Ayam kampung

Bolehlah ke :

NO 143, Felda Keratong 4,
Bandar Tun Razak, Rompin,
Pahang.


Atau hubungi :
 
Tel : 09-4457013 (rumah)
011-40228063 (Rj Ahlami)


Segalanya boleh dirunding jangan risau...tak dapat hubungi nombor-nombor di atas, boleh hubungi UM.

Wallahu A'lam..

10 Idea Pallet Terbuang Untuk Kebun Sayuran Organik !

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Bersantai di hari minggu, tiba-tiba terfikir untuk membuat kebun kecil di halaman rumah. Ideanya begini. Kebun sederhana besar yang tidak memerlukan ruang yang banyak kerana kawasan luar rumah pun tidak seluas mana. Namun, ianya boleh memuatkan pelbagai tanaman sayuran organik untuk dinikmati sekeluarga. UM tanam di dalam pasu buat masa ini. Namun ianya kelihatan sangat biasa bukan? Dan biasanya ia tidak berapa sesuai untuk sesetengah tanaman.


Ciri- ciri yang perlu ada ialah :

  1. Kawasan tanah yang digunakan tidak luas sangat. (UM tidak berapa rajin untuk menguruskan rumput-rumput liar yang tumbuh menganggu pokok-pokok sayuran itu nanti ).
  2. Tidak boleh menggunakan sebarang racun serangga dan baja kimia. Baja tahi ayam, boleh. Hehe. (namapun organik kan!).
  3. Mudah dan cepat untuk dibuat. (tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk menggembur tanah, merumput dan sebagainya sebelum memulakan aktiviti bercucuk tanam).
  4. Boleh menanam semua jenis tanaman atau minimum kebanyakan jenis sayuran yang diperlukan.

Kelebihannya ialah :

  1. Boleh makan sayuran-sayuran  'fresh' tanpa racun.
  2. Tidak perlu terlalu rajin untuk merumput kawasan sekitar tanaman.Tempat lain di halaman rumah boleh minta suami 'clear' kan menggunakan mesin rumput sahaja.
  3. Kos penjimatan berganda-ganda. Tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar lagi !.

Risiko : 

  1. Serangga perosak (pandai-pandailah nanti untuk mengusirnya, mungkin boleh menggunakan Basic H.
  2. Rumput-rumput liar menyerang tanaman (riadah tangan di waktu petang !).


Jenis tanaman yang bakal ditanam :

  1. Sawi
  2. Tomato
  3. Pegaga
  4. Ulam Raja
  5. Cili api
  6. Cili besar
  7. Lada benggala
  8. Bayam
  9. Serai
  10. Halia
  11. Lengkuas
  12. Kunyit
  13. Terung
  14. Bendi
  15. Seleri
  16. Kucai
  17. Ulam-ulaman (pokok sambung nyawa, sirih tanah dll)
Wah ! Ada lebih kurang 16-20 jenis yang boleh ditanam. Mungkin banyak lagi yang boleh ditanam sebenarnya bergantung kepada kerajinan dan ketekunan masing-masing.

Bahan- bahan dan peralatan yang diperlukan :
  1. Pallet
  2. Peralatan untuk pertukangan kayu (tukul,paku,gergaji dll)
  3. Biji benih atau anak pokok
  4. Baja organik
  5. Tanah dan sabut (boleh beli yang dijual di pasar tani) 

Berikut adalah gambaran kebun organik yang sudah boleh dikutip dan dimakan hasilnya : 

Tidak perlu makeover banyak pun...Bubuh tanah dan tanam..

Macam pasu tapi boleh diubah suai mengikut citarasa

Seronok bukan ? Sudah boleh dituai hasilnya.

Pallet yang diubahsuai. Ada 'bilik' untuk setiap jenis sayuran.

Siap ada label jenis tanaman.

Sama seperti di pasar, pilih , ambil, bawa ke dapur dan masak. Cuma..tidak perlu bayar.

Tarik je bila nak masak...

Kreatif

Label-label yang dipacakkan boleh menjadi bahan bantu mengajar untuk anak-anak...Adik, ini tomato ! Haha..

Bayangkan jika  ianya sudah dipenuhi sayuran. Menarik bukan ?


Sebenarnya banyak lagi idea-idea menarik untuk kebun sayuran organik ini. Boleh diolah dan diubahsuai mengikut kreativiti,citarasa dan kesesuaian ruang di halaman rumah masing-masing.

Jom bercucuk tanam.
Jom makan sayuran organik tanaman sendiri.
Jom manfaatkan barang-barang terbuang.
Jom cari pallet terbuang dulu!

Selamat berhujung minggu dan selamat bercucuk tanam ! Semoga bermanfaat.

p/s : UM tinggalkan di sini dahulu idea ini. Sesiapa yang nak boleh ambil. Rasanya ada yang dah buat cara ini, tapi UM tak tahu. Haha...Gambar bukan UM punya.
(gambar diambil dari sini : www.snappypixels.com ).

Diari Kesuburan 6 : Awas ! Obesiti Perencat Kesuburan Lelaki Dan Wanita

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Seringkali kegemukan, berlebihan berat badan, dan obesiti dikaitkan dengan kesuburan.
Persoalannya kenapa ramai juga wanita yang obesiti berjaya melahirkan anak. Dan sesetengah orang akan berkata , "Alah, boleh je dia pregnant, padahal dia lebih gemuk dari aku, sakit-sakit pula tu". Ya memang betul, ramai juga yang mengalami obesiti tetapi tetap melahirkan anak bahkan berderet-deret anaknya. Sekali lagi kita perlu ingat, rezeki Allah tidak mengenal siapa,diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Ada satu kisah yang kurang berkaitan dengan obesiti ni, boleh ya, nak bercerita juga. Ada satu pasangan suami isteri ini yang UM tahu dari cerita kawan baik, seorang doktor yang bertugas di salah sebuah klinik kesihatan di daerah ini (biarlah rahsia), kedua-dua suami isteri tersebut mengambil dadah. Si suami memang penagih tegar, isterinya tidak mengambil dadah semasa mengandung.Setiap kali membuat pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan tempat kawan UM berkhidmat itu, memang kawan UM kagum kerana si isteri tadi tidak pernah mengalami masalah seperti sesetengah wanita lain. Hb rendah, darah tinggi , diabetes ataupun anaemia ketika kehamilan adalah perkara yang biasa kita dengar kan?

Dan...jangan terkejut, mereka bukan sahaja memiliki seorang anak, bahkan beberapa orang anak, 3-4 orang anak !. Secara logik akalnya, dadah dan alkohol adalah antara yang merencatkan kesuburan baik lelaki mahupun wanita, akan tetapi, lain pula yang terjadi kepada pasangan suami isteri ini. Cuma, kata kawan UM, mungkin anak-anaknya akan mengalami 'brain damage' disebabkan dadah tadi. Allah ! Moga dipelihara anak-anaknya. UM menangis mendengar cerita ini.

Apa yang cuba UM kaitkan di sini, obesiti ataupun penyakit-penyakit lain cuma faktor, yang menentukan ada anak atau tidak adalah Dia Yang Maha Berkuasa. (Ooops! Haram minum alkohol dan ambil dadah! Hehe).

Walau apapun ceritanya, obesiti tetap menganggu kesuburan !




Apakah obesiti ?

Ianya suatu keadaan sekiranya lemak dalam badan sangat berlebihan sehingga mencapai tahap yang boleh mempengaruhi kesihatan.

Bagaimana obesiti boleh mempengaruhi kesuburan ?

1. Mengganggu hormon wanita

Bagi wanita yang mengalami obesiti , biasanya keseimbangan hormon akan terganggu. Kesannya, kitaran haid tidak teratur dan secara langsung menyebabkan ketidaksuburan.

Kajian menunjukkan peluang untuk hamil bagi kehamilan pertama akan merosot sebanyak 8 % jika seseorang itu berlebihan berat badan.

Peluang ini semakin menurun sehingga 18 % jika seseorang itu mengalami obesiti. Untuk kehamilan kedua dan seterusnya, peluang kehamilan akan merosot sehingga 16 % bagi mereka yang berlebihan berat badan dan 34 % bagi yang obesiti.

Wanita yang mempunyai BMI (Body Mass Index) 40 dan lebih, peluang kehamilan merosot sehingga 43 %. (Journal : Human Reproduction, December 2007).


2. Dikaitkan dengan PCOS (polycystic ovarian syndrome)

Kadar hormon FSH dan LH tidak cukup untuk mematangkan folikel telur dalam ovari. Keadaan ini menyebabkan ovulasi tidak berlaku. Baca tentang PCOS di SINI.

3. Penghasilan hormon estrogen yang berlebihan

Hormon estrogen yang berlebihan juga boleh mengganggu proses pematangan telur dalam ovari dan seterusnya menghalang proses ovulasi.

4. Menyulitkan proses bayi tabubg uji

Bagi mereka yang menjalani proses IVF (mendapatkan bayi melalui teknik bayi tabung uji) faktor obesiti boleh menyukarkan pemindahan janin ke rahim. Selain itu, peluang kejayaannya juga agak rendah berbanding wanita normal.

5. Mempengaruhi penghasilan sperma

Kegemukan akan mempengaruhi penghasilan sperma di mana ketidaksuburan akan meningkat sebanyak 10 % bagi setiap 10 kg berat badan yang berlebihan.

Biasanya, untuk rawatan kesuburan bagi mereka yang berlebihan berat atau obesiti, doktor akan menasihati pesakit (suami atau isteri atau kedua-duanya) untuk mengurangkan berat badan.


Mari kita lihat berat badan yang terbaik untuk lebih subur :

Rujuk carta di bawah untuk lebih mudah.


Bagaimana mengiranya ? Ikut sahaja formula ini. Yang penting anda tahu tahu tinggi dan berat badan anda. Mesti timbang berat dan ukur tinggi terkebih dahulu.






Selamat bermujahadah mengurangkan berat badan bagi yang berkaitan. Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan semasa proses menurunkan berat badan.

1. Mesti ada ilmu , tahu sistem badan dan metabolisma badan kita, apa keperluan makanan kita dan bagaimana badan kita bertindak terhadap makanan. Sebaiknya buatlah sedikit kajian.

2. Elakkan mudah percaya kepada sebarang produk untuk kurus cepat !. Kaji dahulu. Ada sesetengah produk yang boleh menurunkan berat badan dalam masa yang cepat, namun, berat badan naik semula jika tidak mengambil produk tersebut. Paling menakutkan jika produk tersebut mengandungi bahan-bahan merbahaya untuk kesihatan.

Anda percaya dengan ayat ini?, " Tidak perlu diet, makanlah apa sahaja.Anda tetap kurus jika makan produk bla..bla...Maaf UM sukar mempercayainya. Mungkin benar akan kurus, namun ianya seperti 'yoyo'. Sejujurnya, jika anda tahu bagaimana sistem badan kita berfungsi, anda juga pasti sukar untuk mempercayainya.

3. 3 perkara yang perlu dititikberatkan untuk menurunkan berat badan :

  • Ubah pola pemakanan harian
  • Lakukan senaman
  • Bantuan pemakanan tambahan (supplement) yang selamat.
Semoga bermanfaat untuk semua. Ikhtiar sampai berjaya. Doa itu satu kemestian.

Rujukan :
Understanding Nutrition , Ellie Whitney, Sharon Rady Rolfes 2008.
http://www.webmd.com
https://www.shadygrovefertility.com

DIARI ADIK 1 : Perkembangan Bayi 0 - 1 Bulan

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Bagi ibu-ibu muda,baru menjadi ibu dan bakal ibu, pasti teruja dengan situasi pertama kali menjadi ibu dan tertanya-tanya, apa lagi perubahan yang bakal terjadi dalam perkembangan bayi baru lahir  itu. Seronok kan?

Nota ini UM ambil daripada beberapa sumber untuk rujukan sendiri. Mudah bukan? Nanti buka blog sendiri sahaja tak perlu belek-belek buku dah.Haha. Pemalas.

Perkembangan bayi 0 - 1 bulan.

Bayi mengalami kadar perkembangan dan tumbesaran membentuk personaliti baru dengan cepat.
Dia juga mempunyai banyak kelebihan tersendiri  walaupun pada masa ini sukar untuk berkomunikasi  namun, dia sedang belajar meniru mimik muka setiap kali ibunya berekspresi dan juga bunyi yang kita hasilkan ketika bertutur.

Jangan tekejut ! Bayi kita mula memahami setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya sebaik sahaja dilahirkan. Apa yang diperkatakan, apa yang ditunjukkan, apa yang dilakukan oleh ibu bapanya atau orang sekelilingnya akan di serap seperti sponge! Dari suasana sekeliling itulah dia mula belajar dan meniru nanti.

Sebaik-baiknya, buat jurnal, carta perkembangannya atau catatan perkembangannya. Ianya sangat bagus dan boleh dijadikan rujukan untuk perkembangan anak-anak yang dilahirkan lagi selepas ini.

Scrapbook juga idea yang menarik.

imgarcade.com

http://www.smilelikeyoumeanit.net

www.the-baby-scrapbook-place.com

Menarik bukan ?.

Mari kita lihat apa perkembangan bayi 0 - 1 bulan.

Hari 1

Mungkin masih 'kaku' ketika mendengar suara ibunya, akan senyap dan peka terhadap bunyi tersebut. Badannya akan berhenti bergerak-gerak kerana ingin memberi perhatian terhadap bunyi yang terhasil dari mulut ibunya.

Hari 3

Matanya sudah memberi tumpuan pada bunyi yang ibunya hasilkan dan proses ini semakin berkembang sehingga mencecah hari ke-9. Dia akan memberi tindak balas kepada bunyi yang kuat.

Hari 18

Biasanya dia telah berjaya memusingkan kepala dan mencari arah datangnya sesuatu bunyi. Dia juga akan belajar untuk menonjolkan dan mengawal emosi terhadap bunyi. Emosi sedih akan dirasai jika kita bercakap dengan nada suara yang kuat.

Hari 30

Tindakan refleks bagi bayi usia ini adalah menggenggam dengan kejap jari kita. Selain itu, dia kan melilau mencari puting susu jika pipinya dicuit.

Secara umumnya, bayi berumur 0 - 1 bulan boleh mencapai tahap perkembangan fizikal, pendengaran dan penglihatan seperti berikut :

Fizikal

Bayi mula belajar dengan pantas tentang sekelilingnya. Kebanyakan proses pembelajaran dipelajari sama ada secara semula jadi , tindak balas persekitaran mahupun sesuatu yang menarik minatnya.

Pada peringkat pertama, dimulakan dengan tindakan refleks melangkah jika kita cuba mendirikannya dengan kaki mencecah permukaan rata. Maka terjadinya tindak balas motor apabila berlakunya skala pergerakan yang kecil, membengkokkan kaki dan menolak badannya jika berada dalam posisi meniarap.

Pendengaran

Pada jarak tertentu, bayi mampu mnedengar suara di sekelilingnya dengan baik. Malah dia juga boleh mengecam suara kita. Keupayaan mendengar pada bayi amat penting untuk menggalakkan perkembangan pertuturannya. Apabila dia mula meniru apa yang kita tuturkan, secara tidak langsung akan merangsang kemahiran berbahasa padanya secara berperingkat-peringkat.

Penglihatan

Bayi pada awal kelahiran hanya mampu melihat sesuatu objek pada jarak yang terhad iaitu 20-25 sentimeter dan memerhati dengan penuh minat pada wajah ibunya. Pada jarak ini, dia dapat 'membaca' emosi yang terpapar pada wajah kita. Dia juga akan boleh tersenyum jika melihat kita senyum padanya.

Walaupun tidak begitu banyak perkembangan yang berlaku pada 1 bulan pertama kelahiran, namun sebagai ibu bapa, ianya adalah momen yang indah dan mesti membuat perancangan yang teliti untuk membantu proses perkembangan bayi dengan rangsangan-rangsangan tertentu yang boleh dipelajari dari semasa ke semasa.

Sebaiknya sebelum menimang cahaya mata , kita sudah melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan dan pendidikan anak-anak.

Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat.

Suami Rimas : Baju Kelawar, Rambut Kering Mengerbang dan Banyak Gugur !

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim…

Rambut yang cantik pasti menjadi impian wanita. Walaupun bertudung, bila berada di rumah, pastinya tudung-tudung yang mahal itu akan disimpan jua. Pada masa inilah kita boleh melihat samada rambut yang dimiliki itu seperti mayang mengurai atau seperti jambang singa.Haha. Teruk sungguh perumpamaan itu.


Satu kepelikan bagi kita wanita terutamanya yang sudah berumahtangga dan ada anak, adalah kurangnya memikirkan dan menitikberatkan penampilan diri apabila berada di dalam rumah. Pakaiannya selekeh. Masih adakah yang berbaju kelawar sehingga jam 12 tengahari di hari minggu? Haha. Tepuk dada tanya diri sendiri. Jika dibandingkan dengan penampilan ketika keluar bekerja ataupun ke majlis keraian, pasti berubah 360 darjah. Berbaju batik, tudung berkelip-kelip, kemas , dengan wangian semerbak. Berbeza bukan dengan situasi ketika berada di dalam rumah? Bau bawang, baju t-shirt dan kain batik yang serba tidak cantik. Belum cerita rambut yang kering mengerbang seperti jambang singa. Haha.

Maaf, UM tidak menuduh sesiapa, lebih kepada peringatan untuk diri sendiri juga. Acapkali mendengar ceramah agama ataupun motivasi keluarga, penceramah seringkali mengulang-ulang isu ini. Jadi, ianya sebagai taukid (penegasan) supaya wanita wajib sentiasa menjaga penampilan diri ketika berada di dalam rumah bahkan ianya adalah ganjaran pahala yang besar sekiranya seorang wanita itu berusaha menyenangkan hati suaminya. Mudahkan wanita nak dapat pahala ?. Berhias dan tampil cantik memang sudah fitrah wanita. Jadi apa lagi, berhiaslah di dalam rumah, bukan hanya di luar rumah! (berpada-pada berhias ketika keluar rumah, takut jadi fitnah pula).

Tips mudah untuk kekal bergaya di dalam rumah :

1.Pakai pakaian yang bersih, berwarna-warni , tidak kusam dan pelbagaikan mengikut kesesuaian kerja-kerja di rumah.

Blouse dan skirt atau seluar.T-shirt dan kain batik boleh juga dipakai, namun janganlah setiap hari. Gaun tidur yang cantik boleh dipakai pada waktu malam. Variasikan. Siang hari bagi surirumah sepenuh masa bolehlah memakai baju kurung atau pakaian yang sama seperti wanita bekerja di luar rumah. Tidak perlu untuk berbelanja mahal-mahal. Kita hanya perlu bijak untuk suai padankan apa yang sudah ada supaya setiap hari ada kelainan dalam pakaian di rumah yang kita pakai.

Bagi surirumah atau mereka yang bekerja di rumah, pastikan anda menyusun masa sebaiknya. Semasa membersihkan rumah dan menguruskan anak-anak ,mungkin tidak perlu untuk berpakaian cantik. Rimas kot nak pakai kain ‘merelip-merelip’ time macam ni kan?.

Namun, ketika suami pulang ke rumah, pastikan anda sudah siap berdandan !. Apa yang biasa UM buat adalah ‘deal’ dengan suami. Jika hendak pulang ke rumah tidak kiralah dari pejabat, outstation dan sebagainya, maklumkan 30-40 minit lebih awal. Memang dari dulu lagi macam ni. Jadi, sempatlah bersiap !.

2.Bersolek sederhana

Tidak perlu bersolek beria-ria. Rata-rata suami lebih suka melihat isteri dalam keadaan kecantikannya yang semula jadi.

3.Memakai bau-bauan yang sesuai

Pakailah bau-bauan yang lembut baunya dan boleh menimbulkan kesan yang menenangkan orang yang berada di sebelah kita.

4.Rambut yang kemas, sihat dan cantik

Elakkan rambut yang kering, selekeh dan mengerbang seperti jambang singa. Buatlah sesuatu dengan rambut anda supaya ianya cantik dilihat dan mudah diuruskan terutama wanita yang bertudung. Pastikan kulit kepala sihat untuk mendapatkan rambut yang sihat. Adakalanya , seiring usia dan perubahan hormon wanita, rambut mudah gugur.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rambut mulai kering. Ia bersangkut paut juga dengan kekurangan asid amino. Amalan menggunakan syampu dengan ramuan bahan kimia yang tinggi turut boleh menyebabkan rambut menjadi kering. Selain itu , penggunaan alat pendandan rambut seperti pengering rambut pada laras haba yang tinggi juga akan menyebabkan kutikel rambut terbuka dan mengakibatkan rambut kering.

Bayangkanlah, kita sudah berdandan cantik, tetapi rambut yang kering mengerbang setelah dibuka ikat rambutnya, seramkan? Boleh kalah hantu Kak Limah. Suami pun boleh lari.

Cegah rambut kering , mengerbang dan banyak gugur dengan cara ini :

  1. Banyakkan meminum air kosong. Air-air yang mengandungi kafein dan karbonat adalah tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan dehidrasi.
  2. Amalkan meminum teh hijau kerana ia berfungsi memelihara akar rambut dan tisu-tisu kulit kepala dengan berkesan.
  3. Lakukan senaman berjalan dengan laju selama 15 minit bagi mempercepatkan peredaran darah. Sekiranya anda ingin berehat seketika selepas melalui hari yang sibuk, bolehlah melakukan senaman ini satu jam selepas makan. Ia juga baik untuk melancarkan sistem penghadaman.
  4. Semasa tidur, rambut akan memperolehi nutrisi yang diperlukan. Justeru, masa tidur yang cukup adalah sangat penting bagi memastikan rambut mendapatkan jumlah makanan yang diperlukan.
  5. Amalkan pengambilan makanan seimbang untuk membekalkan nutrisi kepada akar rambut.Ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan protein. Makanan yang tinggi kandungan kalorinya menyebabkan rambut mudah gugur.
  6. Keadaan kesihatan rambut dan kulit kepala boleh dibaiki dengan urutan minyak aromaterapi atau minyak zaitun pada kulit kepala setiap hari.
  7. Sentiasa ketawa! Sering ketawa atau gembira memberikan kesan positif kepada kesihatan rambut. Ini kerana, mereka yang berada di dalam mood yang tidak baik biasanya melalui proses dalaman tubuh yang lembab.
Antara yang UM amalkan untuk rambut yang sihat, tidak gugur dan cantik ialah :

  1. Minum air masak minimum 8 gelas sehari
  2. Makan buah-buahan dan sayuran
  3. Elakkan fast food dan junk food
  4. Elakkan perisa makanan  dalam masakan (MSG)
  5. Amalkan ESP untuk sumber asid amino (ada asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan diet harian belum tentu mengandungi sumber asid amino ini). Baca tentang ESP di SINI.
  6. Ambil Zinc Complex sebagai suplemen harian untuk fungsi pelbagai sistem dalam badan. Baca tentang Zinc Complex di SINI.
  7. Penggunaan syampu rambut yang sesuai. 
  8. Spa rambut setiap hujung minggu - Lumurkan minyak zaitun ke seluruh bahagian rambut, urut kepala dengan lembut, bungkus dengan tuala selama 15-20 minit, kemudian cuci dengan syampu yang sesuai.

Semoga bermanfaat untuk semua. Sihat, cantik, bergaya untuk suami.

"Agar bidadari cemburu kepadamu"

Wallahu A'lam.

Dragon Fresh Yogurt

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini UM nak kongsi resepi pencuci mulut cara orang malas. Nama boleh letak sendiri. Resepi ai, suka hati ai lah kan..Hehe.

Ok. Mudah sahaja caranya.

Bahan-bahan :

Fresh Yogurt atau plain yogurt
Sebiji buah naga sederhana besar
1/2 tin susu isian sejat
Stevia

Caranya :

  1. Potong buah naga berbentuk kiub.
  2. Masukkan potongan buah naga ke dalam pinggan atau mangkuk kecil
  3. Masukkan 4-5 sudu besar fresh yogurt yang telah dicampur dengan sedikit stevia (boleh juga diselang-selikan dengan buah naga membentuk lapisan yang cantik.
  4. Masukkan susu isian sejat secukupnya.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk 10-15 minit.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Kombinasi rasa masam, manis dan lemak yang sedap.

Makan dulu ya...Bismillahirrahmanirrahim.


Ramai juga yang bertanya, fresh yogurt tu macam mana? Nak beli di mana ? Ok. Ini yang UM guna ya. Boleh dapatkan di mana-mana pasaraya. Beli dekat Giant, sebab kebetulan lalu depan Giant beberapa hari yang lalu. Haha. Jenama lain pun ada, Dutch Lady dan sebagainya. Boleh je guna mana-mana.

Tanda halal JAKIM ada kat belakang bekas tu ya. Abaikan green tea tanpa gula saya tu...
Kebaikan hidangan ini adalah :

1. Tiada penggunaan gula (since UM tengah berpantang gula putih sekarang. Letak setitis stevia di dalam yogurt untuk mengurangkan rasa masamnya. Nak jimat, tak perlu letak pun tak mengapa. Susu isian sejat pun tak letak sebenarnya, kalau letak lagi sedap lah).

2. Fresh Yogurt membekalkan bakteria yang baik kepada sistem penghadaman. Bakteria baikyang ada di dalam yogurt sangat berkesan untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan kita di samping berfungsi untuk menghalang pertumbuhan parasit di dalam usus!. Boleh juga menggunakan yogurt berperisa jika mahu.

p/s : Tidak semestinya buah naga , boleh gantikannya dengan nenas, betik, epal dan lain-lain untuk tujuan detoksifikasi (detoxification).

Selamat mencuba !

Keberkesanan Suplemen Yang Mesti Diragui : Tanya 6 Soalan Ini. PLEASE !

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak akhir-akhir ini, UM banyak berdepan dengan luahan rasa orang yang mengambil suplemen sebagai alternatif rawatan penyakitnya atau makanan tambahan yang sepatutnya membantu mencukupkan nutrien keperluan badan harian, namun ianya tidak memberi kesan. Indah khabar dari rupa.

image : http://www.howtolivehealthy.org


Antara yang biasa didengar :

1. " Saya ambil suplemen ni dah lama , tapi tidak berkesan".

Bila ditanya apa yang diambil, dan berapa lama, rupa-rupanya, cuma ambil sebiji sehari satu jenis selama satu bulan. Apa yang menjadi masalah di sini adalah, sebiji vitamin itu yang diharapkan untuk menyelesaikan masalah atau penyakit yang sudah bertahun-tahun dialami. Logik atau tidak?.Adakah badan kita hanya kekurangan satu jenis vitamin sahaja? . Pil itu ada 'magic' kah?.

2. "Saya makan produk sekian-sekian untuk turunkan berat badan, habis beratus-ratus, tapi tak juga berkesan.Saya sudah tidak percaya sebarang produk untuk kurus."

Bila ditanya, adakah dia diberi penerangan tentang produk itu secara jelas ? "Mungkin ya, mungkin tidak, saya sudah lupa". Baiklah, dalam situasi untuk menurunkan berat badan, sebarang produk hanyalah membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Masih lagi perlu usaha kita untuk mengatur pola pemakanan dan senaman yang perlu dibuat. Ada tak produk yang makan terus kurus? Tak perlu jaga makan, tak perlu bersenam? . Jawapannya. Ada. Tapi kesannya berbeza dengan sesuatu yang berlaku secara alami iaitu dengan cara ubah pola pemakanan harian, senaman dan bantuan suplemen yang sesuai. Bagaimana? Untuk produk yang sebegitu, biasanya cepat turun berat badan, cepat pula naiknya.Seperti 'yoyo'!. Dan jangan lupa, kita bukan mahu kurus semata-mata, organ-organ kita perlu dijaga dan sihat. Pilihlah yang sesuai dengan berilmu , jangan sampai menggadaikan kesihatan organ jantung atau buah pinggang kita untuk kelihatan kurus dan cantik . Hati- hati !.

3. " Saya dah serik ambil suplemen bla...bla...makin saya makan makin teruk!".

Sebab pertama, mungkin suplemen yang diambil tidak sesuai. Rujuk pakar nutrisi. Jangan mudah percaya iklan-iklan yang memaparkan pelbagai perkataan 'magic'. Satu pil yang ditelan boleh merawat 10001 penyakit. Itu iklan, bezakan dengan 'nutritional claim' , 'nutritional study' atau 'clinical study'.

Sebab kedua, 'healing crisis'. Suplemen tidak sama dengan ubat tahan sakit yang biasa kita makan. Makan sebiji, terus hilang sakitnya.Lebih-lebih lagi apabila ianya dari 'food based' (bahan semulajadi) . Fungsi suplemen adalah untuk mencukupkan nutrisi sel-sel badan atau merangsang sel-sel badan untuk memberi respon kepada serangan penyakit dan membantu sel-sel badan untuk sihat dan mampu menjalankan tugasnya sebagaimana yang telah diprogramkan oleh Penciptanya (Allah). Atas asbab itu, kadang-kadang , apabila suplemen diambil, sakit kepala, jerawat mula keluar, kahak mula keluar, bahan-bahan toksik dan lain-lain lagi yang mengganggu sel-sel berfungsi dengan baik tadi. Keadaan ini biasanya tidak akan berlarutan. Ianya akan kembali pulih apabila sistem badan kita kembali normal tanpa hal-hal yang mengganggu tadi.

Baiklah. Sedikit pencerahan untuk mereka yang berniat untuk merawat dan meningkatkan tahap kesihatan diri dan keluarga dengan nutrisi. Ada formula khas yang mesti dipatuhi.

Nak sihat kan? Malas nak berfikir, malas nak berubah, bila sakit ambil sajalah ubat tahan sakit. Jangan makan suplemen.Membazir. Errr....UM tak marah pun. Hehe.

Begini.


Baiklah. UM terangkan satu persatu berdasarkan pemahaman dan pembacaan UM dalam dunia pemakanan ini. ( I love food field ! Rindu bau kilang makanan ).


Apakah 'nutritional healing' ?

Ianya adalah tindakan memberikan badan kita kesemua nutrisi yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Dengan kata lain mencukupkan nutrisi dalam merawat penyakit. Kenapa ? Badan manusia secara konsisten akan berlaku 3 perkara ini : repairing, detoxifying and regenerating (membaiki,detoksifikasi,regenerasi ). Ketiga-tiga proses ini memerlukan nutrien badan yang cukup untuk berlaku. Nutrisi yang baik untuk badan akan menyokong sistem badan dan memberi keupayaan kepadanya pulih secara semulajadi. ' You are what you eat, garbage in, garbage out !' Pernah dengar kenyataan ini ?.

Apakah 'healthy diet' ?

Maksudnya mengamalkan pemakanan seimbang iaitu cukup semua nutrien yang diperlukan oleh badan tadi setiap hari. Ada makanan yang perlu kita makan banyak, ada yang perlu dikurangkan.
Tidak semua boleh pukul rata. UM rasa semua orang tahu tentang ini.
Boleh rujuk di sini (panduan KKM ).

Diet kita seharian sudah seimbang ? Jika semua orang mengamalkan diet seimbang dalam kehidupan seharian, dengan izin Allah, UM pasti penyakit kronik No.1 pembunuh rakyat Malaysia hari ini (Penyakit Jantung) bukan lagi masalah. Ya kan? Tapi apa yang berlaku hari ini ? Berapa ramai pesakit diabetes berumur di bawah 30 yang ada ? Belum lagi yang lain-lain. Adakah ini harga yang perlu dibayar kepada sebuah kemajuan??? Boleh jadi ahli politik tak ? Haha. (maaf, selingan).

Apakah 'healthy lifestyle'?


Gaya hidup yang sihat adalah satu cara hidup yang merendahkan risiko penyakit kronik. Tidak semua penyakit boleh dielakkan, tetapi sebahagian besar , terutamanya penyakit jantung ,diabetes, kanser boleh dielakkan . Ringkas cerita, bagaimana kehidupan kita seharian disusun. Anda boleh tanya soalan ini kepada diri sendiri.

1. Adakah anda merokok? Minum minuman beralkohol?
2. Adakah anda stress?
3. Adakah diet harian anda seimbang?
3. Berapa banyakkah kalori yang badan anda perlukan setiap hari? Anda tahu dan ikutinya atau redah  sahaja ?
5. Adakah anda melakukan senaman setiap hari?
6. Adakah anda melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala?
7. Anda minum air secukupnya setiap hari?


Banyak lagi sebenarnya soalan yang boleh ditanya dan boleh menjadi penanda aras kepada kita samaada kita di kategori yang mengamalkan 'healthy lifestyle' atau tidak.
 
Apakah 'right supplements in right amounts' ?

Kita percaya bahawa suplemen juga memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan dengan cara meningkatkan kualiti nutrisi ini. Namun, ianya mestilah diambil setelah mengetahui aspek keberkesanannya yang sudah terbukti bukan setakat testimoni kosong yang kadang-kadang boleh direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, akan tetapi perlu disertakan dengan pelbagai kajian dan kajian klinikal berkaitan produk yang diambil. Ianya juga perlu diambil dalam jumlah yang betul (mengikut keperluan pengguna).

Terdapat tiga sebab utama kenapa suplemen sangat diperlukan:

  1. Kita kurang makan makanan yang sihat secara teratur.Jujurlah. Dengan masa yang suntuk terutama ibu-ibu yang berkerjaya, bahkan ibu yang berada di rumah sekalipun, bukan setiap hari kita mampu untuk menyediakan makanan yang boleh mencukupi keperluan nutrien badan ahli keluarga kita.
  2. Terdapat terlalu banyak nutrien penting yang badan kita perlukan secara tetap yang tidak boleh dibiarkan lompong jika inginkan sistem badan berjalan dengan baik.
  3. Apabila menangani isu-isu kesihatan melalui pemakanan, kita tidak mampu untuk makan makanan yang cukup untuk mendapatkan tahap nutrien yang diperlukan.
Just to think...apa pula yang terjadi kepada orang yang tidak suka makan sayur? Hmm? 

Kalaupun sebab-sebab di atas tidak menggambarkan diri kita, ada 3 sebab lagi yang relevan untuk difikirkan :

  1. Gaya hidup yang aktif pun memerlukan sokongan suplemen untuk meningkatkan sistem imun badan bagi melawan pelbagai penyakit.
  2. Sudah makan makanan seimbang pun masih perlukan sokongan suplemen untuk nyahtoksinkan pelbagai bahan tidak perlu dari badan kerana sumber makanan kita sudah tercemar dengan pelbagai hormon yang dicucuk, pelbagai baka yang diubah genetiknya (GMO) dan pelbagai racun yang disembur pada tanaman untuk tujuan komersial.
  3. Sudah makan sayuran dan buah pun perlu sokongan suplemen lagi kerana ia masih belum cukup untuk melengkapkan nutrisi ditambah dengan sebab yang ke-2 tadi.



Status FB Dr Safiya Amaran yang terpaksa UM akui kebenarannya.


Suplemen perlu di ambil semasa sihat untuk mengekalkan kesihatan, bukan tunggu sakit menyerang !

Kenapakah perlunya 'time' ?

Pakar nutrisi seringkali menasihatkan kepada mereka yang mengambil alternatif suplemen untuk merawat sebarang penyakit, berilah masa untuk badan bertindak balas sekurang-kurangnya 3 - 4 bulan. Sekali lagi suplemen bukan ubat, ianya sokongan kepada sistem badan untuk sihat dan dapat menjalankan tugasnya dan mampu menyembuhkan dirinya sendiri. Anda makan burger, nugget , dan segala makanan yang tinggi kandungan lemak dan garam bertahun-tahun, namun anda harapkan lemak tidak baik itu hilang sekelip mata dengan memakan suplemen Omega 3 dua biji sehari selama seminggu. Adakah ianya logik?. Itu hanya analogi.


Biasanya, nutritional healing akan mengambil masa tertentu bergantung kepada keseriusan sesuatu masalah itu. Dan...yang pasti, disiplin diri amatlah penting dalam mengikuti formula wajib yang telah dibincangkan di atas. 

Kesimpulannya sebelum anda mengatakan sesuatu produk itu berkesan atau tidak, tanyalah 6 soalan ini :
  1. Sejauh manakah saya mengamalkan diet seimbang dalam kehidupan saya?
  2. Sejauh manakah saya mengamalkan gaya hidup sihat (healthy lifestyle) ?
  3. Betulkah suplemen yang saya ambil dan betulkah kuantiti yang saya makan?
  4. Sudahkah saya merujuk kepada pakar nutrisi ?
  5. Sudahkah saya memberi masa yang secukupnya untuk sistem badan saya sembuh? (semakin serius masalah, semakin lama masa yang diambil).
  6. Sudahkah saya benar-benar berdoa padaNya agar ditemukan dengan jalan yang terbaik, penawar yang terbaik untuk saya sembuh agar saya mampu beribadah kepadaNya dengan baik?
Kenapakah soalan No.6 macam tak ada kaitan? . Ada kaitannya. Setelah berusaha dan berikhtiar, keputusannya adalah di tanganNya.

Jika ke enam-enam soalan itu telah terjawab dan formula itu telah diamalkan secara konsisten selama bertahun-tahun (bukan seminggu ya! ), tetapi tidak juga berkesan, bolehlah anda katakan,memang suplemen bla...bla...bla...tiada kesan. Membazir je aku makan.


Ada lagi 2 perkara yang bermain-main di fikiran.

1. Adakah setelah saya mengamalkan suplemen dan mengamalkan formula di atas , saya tidak perlu bertemu doktor lagi? Ya kan? Malas betul nak pergi klinik atau hospital.

Jawapannya PERLU. Wajib berjumpa doktor. Doktor lebih tahu untuk diagnos penyakit . Mesti melakukan medical check up secara berkala , bukan semasa hamil atau melahirkan sahaja. Peringatan untuk diri sendiri.

2. Adakah setelah saya mengambil suplemen, saya tidak perlu lagi untuk makan makanan seperti sayur, buah-buahan, protein dan sebagainya?

Jawapannya PERLU. Suplemen bukanlah pengganti makanan yang sepatutnya ada dalam diet seimbang kita, ia hanya mecukupkan kandungan nutrien yang kurang. 


Semoga bermanfaat untuk semua. Wallahu A'lam. Mohon maaf jika ada kekurangan.


Antara  rujukan :

The Family Nutrition Book: Everything You Need to Know About Feeding Your Children - From Birth through Adolescence, William Sears. 1999.
Healing With Whole Foods, Paul Pitchford. 1993.
http://webmd.com/
http://nutritionfacts.org/

9 Jenis Makanan Yang ‘Penting’ Tetapi Tidak Baik Untuk Kesihatan

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim..

UM masih teringat kisah Sang Raja yang memiliki 3 puteri cantik. Dipendekkan cerita, raja ini menyambut hari lahirnya dan ketiga-tiga puterinya yang sudah berkahwin itu datang ke istana dengan membawa hadiah masing-masing. Mereka membawa pelbagai jenis perhiasan yang mahal-mahal sebagai hadiah, kecuali puteri bongsu yang membawa garam dan air. Raja terlalu murka. Dipendekkan cerita lagi, ketika raja tadi bertandang ke rumah anakandanya yang pongsu, baginda dihidangkan dengan makanan yang serba tawar dan tanpa air minuman. Lalu baginda bertanya apakah sebabnya?. Jawab puteri bongsu tadi, itulah pentingnya garam dan air dalam kehidupan. Haha…Cerita ini masih diingati sehingga sekarang dibaca di dalam majalah Tatih zaman sekolah rendah dulu (kalau tidak silap)..


Apa kaitannya dengan tajuk entri kali ini?

Garam juga termasuk dalam kategori makanan atau elemen penting dalam makanan bukan? Ianya mengenai 9 jenis makanan yang ‘glamour’ dan UM cukup yakin wajib ada atau seolah-olah menjadi keperluan penting dalam menu harian setiap isi rumah di Malaysia.

Makanan-makanan ini sangat tinggi kandungan garamnya dan jika diambil dalam kuantiti yang banyak akan menjejaskan kesihatan.
Sebelum itu, mari kita lihat berapa banyakkah garam yang diperlukan mengikut diet sihat secara umumnya?

Hanya 1500 mg garam dan tidak melebihi 2300 mg garam diperlukan untuk tubuh kita seharian secara umumnya.Ini termasuklah 'garam tersembunyi' yang terdapat didalam makanan-makanan tertentu.Namun, percayalah kebanyakan kita biasanya akan mengambil secara berlebihan daripada amaun yang diperlukan oleh tubuh. Bagi individu dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing.

Kita sangat bernasib baik kerana buah pinggang mampu memproses secara efisien amaun natrium yang berlebihan ini. Kajian menunjukkan, kebanyakan individu mampu bertoleransi terhadap amaun pengambilan natrium untuk julat yang besar iaitu antara 250mg/hari sehingga 3000mg/hari. Namun apakah yang akan terjadi kepada buah pinggang kita sekiranya setiap hari sepanjang hidup bekerja untuk menyingkirkan garam berlebihan? Membebankan bukan? 

9 Jenis Makanan Yang Sangat ‘Glamour’ Tetapi Tidak Baik Untuk Kesihatan :

  1. Sos berperisa seperti kicap, sos cili, sos tomato dan sos tiram (1000 mg hingga 5000 mg)
  2. Stok / kiub makanan ( 3000 mg ). Setiap kiub biasanya mengandungi 700 mg
  3. Sos salad seperti mayones (lebih 1000 mg)
  4. Makanan di dalam tin (500 mg hingga 1500 mg )
  5. Telur masin (500 mg)
  6. Ikan masin ( 1500 mg)
  7. Buah-buahan jeruk (masin) (1000 mg)
  8. Udang kering ( 4000 mg)
  9. Belacan ( 1000 mg)

Pentingkah makanan ini ? Ya. Tak canggih , tapi biasa kita makan bukan? Pelbagai jenis sos itu wajib ada di dapur kita.Belum cerita kisah garam di dalam ‘fast food’ dan ‘junk food’ yang lebih glamour dengan pelbagai iklan itu !

Seperkara lagi adalah fakta yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia gemar mengambil penambah perisa makanan seperti kiub ayam pelbagai jenama di dalam masakan juga perlu diambil kira.

Tak nampak pun tulis garam kat bahagian kandungan atau ingredient tu?

Tahukah anda garam hadir dalam bermacam-macam wajah?

Antara ‘wajah-wajah’ garam adalah seperti berikut :
  • Natrium
  • Natrium nitrate
  • Natrium benzoate
  • Monosodium Glutamate
  • Pengganti garam iaitu garam yang ringan yang menggantikan fungsi garam seperti potassium dan magnesium
Pernahkah anda perhatikan atau ambil tahu setiap bahan masakan atau makanan yang anda beli? Banyak manakah kandungan garamnya?

Atau.. beli sahajalah…Makan sahajalah..asal sedap. Baik atau buruk untuk kesihatan kira kemudian. Yang penting sedap dan kenyang.

Tip membeli barang dapur dan sebarang makanan, untuk diet yang lebih sihat , selain perhatikan logo HALAL, HACCP, GMP, MESTI dan sebagainya, perhatikan juga bahagian Nutritional Facts nya atau ingredients sesuatu makanan. Sikap ambil tahu ini sangat penting untuk kesihatan kita. Begitu juga dalam masakan, kurangkanlah garam dalam masakan kita untuk mengurangkan beban tubuh kita menyingkirkan garam yang tidak perlu.

Tahukah anda ?

Menurut Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, satu sudu kecil sama dengan 5 g garam. Kandungan garam di dalam sos soya atau kicap bersamaan 6 sudu kecil (30 g garam), sos tiram (51 g garam) , cencaluk (45 g garam), budu (32 g garam), sos cili (174 g garam) dan sos tomato (208 g garam). Secara purata rakyat Malaysia dewasa mengambil 2575 mg garam perhari atau lebih.
Lebih menarik lagi, Orang Asli paling sedikit pengambilan garamnya sehari iaitu 945 mg/ hari!.

Antara masalah kesihatan yang diakibatkan oleh pengambilan diet berlebihan garam dan disokong dengan pengambilan makanan lain seperti lemak yang berlebihan ialah :
  • Jantung
  • Hipertensi
  • Strok
  • Buah pinggang
  • Kerosakan perut
  • Osteoporosis
Kesimpulannya, garam adalah sangat penting untuk kesihatan tubuh kita bahkan, kekurangannya boleh menyebabkan hiponatremia. Namun, berlebihan juga boleh mendatangkan masalah. Jadi, berpada-padalah dalam pengambilannya seharian.

Pesanan buat ibu-ibu dan bapa-bapa terutama generasi muda, lengkapkanlah diri kita dengan ilmu nutrisi, ilmu pemakanan juga agar kita mampu untuk ‘create’ generasi yang sihat dan ‘celik’ kesihatan. Sebenarnya bukan akhlak dan pembinaan rohani sahaja yang bermula dari rumah tetapi, pembentukan pola pemakanan anak itu dari kecil hingga dewasa dan membina keluarganya sendiri juga bermula dari tarbiyah ibu dan ayahnya. Bagaimana seorang ibu mengatur pola pemakanan yang sihat bermula dari kecil, itulah yang menentukan tahap kesihatan generasinya.


Wallahu A’lam.

Semoga bermanfaat untuk semua !.

The doctor of the future will give no medicine, but will interest his patients in the care of the human frame, in diet, and in the cause and prevention of disease.
(Thomas Edison)

2 Kategori Lelaki Yang Perlu Makan Biji Labu Untuk Menyelesaikan Masalahnya

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Lebih kurang 12 hari menyepi. Memang sepi sungguh. Tanpa wifi, tanpa handphone.Bolehkah anda hidup tanpa perkara-perkara di atas di zaman ini? Haha.Sepertinya hidup di dalam penjara bukan?.Namun, ada hikmahnya, kita lebih banyak masa dengan Allah. Itu yang UM rasa.

InsyaAllah, hari ini sedikit perkongsian tentang 2 kategori lelaki yang perlu makan biji labu untuk menyelesaikan masalahnya. Pelik bunyinya. Tetapi, ianya realiti. 


khasiat biji labu
image : www.thecambodiaherald.com


Apakah 2 kategori lelaki itu ?

1. Lelaki yang tidak lawas membuang air kecil

Secara umumnya, lelaki sememangnya lebih kerap membuang air kecil berbanding wanita. Namun, masalah kencing tidak lawas sering kali berlaku. Untu mengatasinya, anda disarankan untuk memakan biji labu.

Apakah kaitan biji labu dan kencing tidak lawas yang dialami lelaki?

Biji labu sebenarnya mempunyai phytosrerosis curcubin dan selenium. Pati biji labu didapati mampu menghalang 5-alpha-reductace bagi mengurangkan masalah kekerapan membuang air kencing di kalangan lelaki dan meningkatkan kadar aliran air kencing serta mengurangkan sisa air kencing. Kajian yang dilakukan di Amerika membuktikan lelaki yang mengamalkan makan kuaci atau biji labu tidak terkena gangguan kencing tidak lawas dan masalah kelenjar prostat.


2. Lelaki yang mengidap asma

Tahukah anda ubat asma boleh meningkatkan peluang mendapat kanser prostat?

Kajian mendapati ubat-ubatan yang digunakan bagi mengawal penyakit asma berkemungkinan meningkatkan meningkatkan risiko kanser prostat. Kajian oleh Mal, saintis dari Melbourne, Australia menunjukkan lelaki yang mengambil steroid sedut berisiko mendapat kanser prostat sebanyak 40 peratus. Manakala bagi lelaki yang menggunakan ubat sedut jenis bronchodilator pula terdedah 36 peratus risiko mendapat kanser prostat boleh terus meningkat tinggi jika seseorang lelaki menggunakan suntikan atau makan kapsul mengawal asma. Walau bagaimanapun, kajian secara terperinci perlu terus dilakukan bagi membuktikan kenyataan ini . ( sumber : Journal Cancer Epidemology, Biomakers and Prevention).


Sebagai alternatifnya, bolehlah digantikan dengan memakan biji labu. Orang Cina mengatakan ianya penemuan baru "agen anti-kanser" selepas menggunakannya sebagai rawatan anti-toksin terhadap sel-sel kanser . Ia juga telah ditemui oleh penyelidik, Yamanouchi untuk membantu menyembuhkan alahan tertentu seperti asma.

Itulah antara kebaikan biji labu yang kadang tidak diambil tahu oleh kita terutamanya kaum lelaki. Biasanya ianya akan dibuang begitu sahaja. Hanya isinya yang lemak itu, dimasak samada masak lemak atau sira. Betul atau tidak?

Antara menu kenduri kendara terutamanya di Pantai Timur adalah sira labu. Rasanya manis dan lemak dan kadangkala ianya sangat manis. Memang memasaknya menggunakan gula putih yang banyak. Saya fobia memakannya sehingga ke hari ini. Bermula dengan makan sira labu ketika masih kecil, semasa sekolah rendah kalau tidak silap, yang rasanya super duper manis sehingga saya termuntah. Ada hikmahnya, sehingga hari ini saya tidak pernah menyentuh kuih-muih yang rasanya manis seperti akok, kuih tahi itik, bahulu dan lain-lain kuih yang rasanya manis kecuali beberapa jenis seperti cek mek molek (itupun kadang-kadang saya akan buang air gula di dalamnya..hihi). Kalau makan pun, sebagai ambil hati dan saya akan muntah setelah itu. Sedih kan? Melencong..

Bercakap tentang biji labu ini, Nutriferon Shaklee menawarkan banyak manfaat kepada kesihatan lelaki mahupun wanita. Ekstrak 4 jenis tumbuhan termasuk biji labu boleh menjadi alternatif penyembuhan alahan seperti asma dan banyak masalah kesihatan yang lain. Bagaimana tu?


Berminat untuk mendapatkan Nutriferon boleh hubungi UM sebelum 10.00 pm : 013-4396973

khasiat biji labu

Last Day Promotion : 29/2/2016
Beli 6 Free 1
Beli 2 Diskaun 5%

Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan.

With love!

Detox Recipe : Garlic Salad

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat datang Mac 2016...Hari yang bersinar terang -benderang. Moga kita pun bersinar juga lah. Ye dak?

Hari ini, malas nak menulis panjang-panjang. Cuma nak berkongsi resepi cara orang malas memasak seperti UM.. Mudah, murah dan boleh siap dalam masa kurang dari 10 minit. Percayalah! Yang penting sedap bukan? Boleh makan bersama nasi dan lauk lain. Nak makn saja-saja pun boleh. Ganti colek jambu cicah kicap tambah belacan tu. Haha.

Ok. Ini bahan-bahannya :

1 labu bawang putih
1 biji tomato
1 batang lobak merah
Daun salad (terpulang untuk guna yang jenis macam mana)
2 titis stevia
1 sudu besar fresh yogurt
2 sudu besar cuka kurma
1 sudu besar minyak zaitun

Caranya :

  1. Cincang/hiris halus bawang putih.
  2. Potong lobak merak dan daun salad mengikut kesesuaian.
  3. Campurkan stevia, fresh yogurt, cuka kurma dan minyak zaitun. Gaul sebati.
  4. Masukkan sayuran dan bawang putih tadi. Gaul rata.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Mudah bukan ? Adik sekolah rendah pun boleh buat.

Apakah istimewanya resepi ini? Beria sangat UM ni nak kongsi.

Ada 4 keistimewaan :

  • Mudah, cepat, sedap dan berkhasiat.
  • Boleh buang angin dalam badan.
  • Kesemua bahan yang digunakan adalah bahan yang boleh mematikan dan merencatkan pertumbuhan sebarang parasit dalam tubuh manusia. 
  • Tiada tambahan gula putih dan garam didalamnya kecuali 'gula dan garam yang tersembunyi' yang sedia ada di dalam makanan tersebut secara semulajadi.



Ini lah rupanya....sedap. Masam, manis...lemak...pheww! Pedas pun ya. Berpeluh-peluh selepas makan. Rasa 'fresh' sangat badan.

Selamat mencuba !.





9 Persediaan Sebelum Hamil Yang Mesti Diambil Perhatian

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa seronok pula UM sejak akhir-akhir ini. Ramai sungguh yang menimang cahaya mata, yang dianugerahkan anak angkat...Allah! Nikmat yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ya kan?

Namun bagi yang masih menanti, berusaha untuk menimang cahaya mata, usah risau, sedih dan sebagainya. Allah tangguhkan dulu untuk mendapat nikmat ini. Allah akan krniakan pada saat yang tepat. Percayalah ! Jangan pernah putus asa untuk terus berusaha dan berikhtiar. Juga berdoa. Itu memang penting bahkan wajib dibuat. Jangan pernah kata , " Penat dah aku doa, bila tak tau Allah nak bagi "..NO..NO..NO..Jangan sampai terdetik di hati kita ayat ini ya.

Baiklah...


9 Persediaan Sebelum Hamil Yang Mesti Diambil Perhatian
  
1.Kesihatan

Dalam masa 3 hingga 6 bulan sebelum hamil, anda dan suami perlu menjalani pemeriksaan doktor untuk memastikan diri masing-masing bebas daripada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, dan lain-lain penyakit berbahaya. Buatlah ujian darah untuk memastikan kita bukan pembawa penyakit berbahaya seperti thalasemia atau HIV.

2.Berat Badan

Sebaik-baiknya, berat badan anda mestilah berada pada paras normal iaitu bersesuaian dengan ketinggian.Dapatkan nasihat doktor dan pakar nutrisi untuk mendapatkan berat badan yang sesuai. Jangan sekali-kali berdiet sewaktu hamil kecuali mendapat masalah berat badan yang serius. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Dikhuatiri akan mengurangkan zat penting kepada janin.
Berat badan yang berlebihan juga boleh menyukarkan untuk hamil. Baca artikel UM di SINI.

3.Umur

Secara umumnya, umur yang paling ideal untuk hamil adalah 20 - 35 tahun. Ibu yang terlalu muda dianggap belum sempurna dari segi jasmani dan rohani. Oleh itu, bayi mungkin dilahirkan tidak cukup bulan. Namun, ada sesetengah kes, ianya tidak membawa apa-apa masalah. Ibu yang berusia lebih 35 tahun pula berisiko kerana organ-organ peranakannya sudah tidak begitu aktif menerima kehamilan dalam usia sebegini. Sealain daripada risiko tinggi untuk anak yang dilahirkan itu cacat, ibu mungkin mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi atau sukar ketika melahirkan anak.
Namun, ianya bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga kesihatan sepanjang hidupnya, terutama sebelum hamil. Ada sesetengahnya masih fit dan sihat bahkan lebih sihat daripada mereka yang lebih muda usianya. Kuasa Allah juga tidak boleh dinafikan. 

4.Suntikan pelalian

Suntikan rubella dan hepatitis B sepatutnya diambil lebih awal lagi bagi mencegah penyakit berbahaya seperti jantung berlubang, penyakit hati, cacat anggota atau terencat akal bagi bayi yang akan lahir. Namun,jika anda hanya mengambl suntikan rubella selepas berkahwin, pastikan anda merancang kehamilan sehingga enam bulan.

5.Corak Pemakanan

Sebelum hamil, tentukan taraf pemakanan anda mahupun suami berada pada tahap yang memuaskan. Hal ini boleh diukur daripada segi kesihatan dan paras hemoglobin dalam darah. Anemia ketika hamil boleh membahayakan nyawa. Paras hemoglobin yang normal adalah antara 10 - 14. Keadaan kurang darah boleh mengancam nyawa ibu ketika bersalin kerana tumpah darah kerap berlaku. Malah, ia juga boleh menjejaskan pertumbuhan bayi dalam kandungan.

6.Pemeriksaan darah

Langkah ini penting untuk mengesan penyakit kelamin khususnya sifilis kerana ia boleh menyebabkan kecacatan bayi. Pemeriksaan darah dilakukan untuk mengesan pelalian demam rubella ( German measles). Jika sudah mendapat pelalian , anda selamat daripada kecacatan bayi jika dia mengalami demam rubella. Jika belum, anda perlu mendapatkan suntikan pelalian segera. Penyakit ini jika berlaku di peringkat awal kandungan boleh menyebabkan jantung berlubang, pekak dan bisu.

Satu perkara lagi, wanita juga mesti tahu kumpulan darahnya samada ABO atau rhesus. Biasanya kumpulan darah ABO tidak memberikan kesan membahayakan kehamilan tetapi bagi wanita yang darahnya dalam kumpulan darah negatif , boleh menimbulkan beberapa masalah nanti.

Wanita rhesus negatif yang berkahwin dengan suami berdarah rhesus positif boleh menjadi penyebab keguguran, bayi mati dalam kandungan dan bayi lahir dalam keadaan kurang darah serta berpenyakit kuning.

Ada ke orang yang tidak tahu kumpulan darahnya ? Mungkin ada. 

7.Ekonomi

Ada orang kata, tak perlu fikir. Rezeki anak itu sudah ada. Pernah dengar kan? Ya. Tidak dinafikan ianya betul. Namun, sebagai bakal ibu dan bapa, cubalah siapkan ekonomi sebaik mungkin untuk menyambut kedatangan orang baru ini. Bukan untuk kegunaan sepanjangg kehamilan, kelahiran, berpantang, makan, pakai, peralatan fizikal sahaja yang kita perlu lihat. Terlalu banyak perkara yang perlu diperhatikan. Pendidikan, kesihatan, kecemasan, insurans, takaful dan sebagainya. Terdapat banyak kebaikannya bila kita besedia, salah satunya kita akan kurang tertekan dengan masalah kewangan dan boleh fokus kepada perkara-perkara lain yang penting seperti pendidikan dan sebagainya.


8.Ilmu

Pelbagai jenis cabang ilmu yang perlu seorang ibu dan ayah perlu ada.Ilmu nutrisi, perkembangan bayi,pendidikan anak di alam rahim dan sebagainya. Pendidikan terhadap anak-anak juga bukan sekadar kenal ABC, 123, alif ba ta, mengaji Al-Quran, masuk sekolah dapat nombor satu. That's it ! Tidak. Bukan itu sahaja. Sangat banyak yang perlu dipelajari.

Bolehlah menghadiri kursus, banyakkan membaca, ikuti kumpulan-kumpulan di Facebook, Telegram Chanel dan sebagainya. InsyaAllah boleh membantu. Jika mampu untuk membuat kajian dan membuat modul pendidikan anak-anak kita sendiri, itulah yang terbaik. UM ada cita-cita ini dan sudah bermula sedikit demi sedikit.


9.Rohani

Persediaan rohani juga penting khususnya yang beragama Islam. Ibadah yang sahih dan terbaik serta doa khusus bolehlah diamalkan mengikut kemampuan masing-masing. Letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah.Yang penting adalah keikhlasan. InsyaAllah, kekuatan rohani akan memicu kekuatan fizikal nanti. Insya Allah.

Alhamdulillah, sedikit perkongsian hasil pembacaan, perbincangan dengan orang-orang yang berpengalaman (anak 4-12 orang..hihi)..Mungkin ada lagi persediaan yang perlu tetapi tidak tertulis di sini. Boleh membuat bacaan lanjut atau hadiri kursus yang sepatutnya. Paling penting....perlu membuat PERSEDIAAN.



Wallahu A'lam. Semoga bermanfaat.


ESP Kekalkan Tenaga Bondaku Berusia 74 Tahun

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Lama tak menulis semenjak kelahiran 'baby' baru ni. Sibuk uruskan 'baby' tak sempat nak post di ummumarjaan.com ni.('baby'- blog baru). Hihi.

Santai sahaja hari ini...

Kisah boda tersayang..Usia dalam kad pengenalan sudah 74 tahun..Usia sebenar sudah dekat 80 tahun. Biasalah orang lama-lama. Umur 12 tahun baru buat kad pengenalan, tiada sijil kelahiran pun. Kadang main agak je tarikh lahir dan tahun lahirnya. Jangan tak percaya pulak! Di kampung-kampung pedalaman dulu-dulu, biasa berlaku. Kami asal kampung , bukan bandar. Hihi.

Bergambar hari raya ramai-ramai dengan mak tersayang...
Nak jadi cerita, saya bagi mak minum ESP, memang doa sangat-sangat...harap sesuailah dengan perutnya. Perut mak sangat sensitif. Dulu, ada gastrik juga, tapi setelah macam-macam ubat, suplemen termasuk perubatan homeopati, Alhamdulillah sudah makin baik. Cuma, pilihan makanan untuk mak adalah terhad. Dan mak sangat menjaga pantangnya. Hihi. Biasalah mak. Tapi , sampai umur dia sekarang mak masih gagah dan tiada penyakit kronik. Alhamdulillah.

Seminggu semasa di rumah, saya bancuh ESP untuk mak. Selepas itu beli lagi satu  lagi untuknya.
Hinggalah pada suatu pagi. Saya telefon mak. ' Kenapalah mak tak jawab-jawab ni!' Risau, sebab mak tinggal seorang siang hari di rumah. Abang dan kakak serta anak-anak saudara memang kerja dan sekolah. 'Ya Allah ! Janganlah jadi apa-apa pada mak!. Rasa nak terbang balik kampung.

Setelah solat sunat Dhuha, Eh ! Mak telefon.

" Assalamualaikum..Cik Sue telefon mak ? ".

"Aaa...mak gi mana tadi orang telefon tak jawab," Air mata dah berlinang. Syukur dengar suara mak hepi-hepi je. Maksudnya mak sihat dan ok je lah tu.

" Mak naik atas bukit tu, gi tengok anak pokok dokong, jambu, betik, pisang mak tu. Lupa nak bawa hp."

"Allah ! Mak buat apa ? Bahaya tau naik sorang-sorang, petang-petang tak apalah kakak abang dah balik kerja. Pening sorang-sorang macam mana?". Mula membebel. Mak gelak kuat.

" Dah makan belum ? Pukul 11 lebih dah ni. Biasa mak cari nasi dah." Saya pula ketawa.

" Tak lagi. Minum susu tu la (ESP), rasa kenyang. Gagah sikit nak naik atas bukit tu. Berpeluh-peluh. Segar la badan ni rasanya bila dah berpeluh tu."

" Habis tu nasi dah ada ke? ".

" Baru nak masak ni. Tak apa lambat-lambat sikit, rasa kenyang lagi minum susu tadi, perut rasa sedap, tenaga pun banyak je rasa."

"Perasaan mak je kot ."

" Eh, betullah. Biasa pukul 11 lebih mak cari nasi dah. Pagi mak makan oat tu."

Alahai! Mak makan oat je pagi-pagi..Hihi. UM sendiri pun kadang makan kadang tak. Dah minum ESP kenyang. (Mak makan oat kosong tanpa perisa setiap pagi dari dulu lagi).

Alhamdulillah, suka sangat dengar mak sihat, bertenaga. Dia nak beribadah pun senang. Kita yang duduk jauh pun senang hati.

Itulah kebaikan ESP yang kami rasa. Pembekal tenaga dengan Indeks Glisemiknya yang rendah.

Dan inilah hasil kerja mak dalam usianya begitu...UM sendiri kagum. Dengan izin Allah , mak diberi kekuatan fizikal seperti hari ini. Ada rahsianya. Apa Dia? Jaga makan minum (diet yang betul), ambil suplemen, vitamin hati (Dhuha, Tahajud, Zikir tak pernah tinggal ) dan gaya hidup yang aktif setiap hari.

Inilah gambarnya...hihi..(antaranya lah..banyak jenis lagi tauu!!!)..

Buah katak puru..

Pisang..

Apa beza Indeks Glisemik rendah atau tinggi ?

Mudah sahaja.

Indeks glisemik adalah ukuran atau besar nilai kesan sesuatu makanan yang mengandungi karbohidrat dalam meningkatkan kadar gula darah setelah dimakan.

Makanan dengan indeks glisemik tinggi adalah makanan yang cepat dicerna dan diserap sehingga kadar gula darah akan meningkat dengan cepat secara signifikan.

Makanan dengan indeks glisemik yang rendah mengalami pencernaan dan penyerapan yang lebih lambat sehingga peningkatan kadar glukosa dan insulin dalam darah akan terjadi secara perlahan-lahan. Makanan dengan indeks glisemik rendah telah terbukti memperbaiki kadar glukosa dan lemak terhadap pesakit diabetes dan memperbaiki resistensi insulin. Selain itu, makanan dengan indeks glisemik rendah juga membantu mengawal nafsu makan, memperlambat munculnya rasa lapar sehingga dapat membantu mengawal berat badan pesakit.

Indeks glisemik juga menunjukkan jenis karbohidrat yang terkandung dalam makanan, bukan jumlah karbohidrat semata. Ini kerana peningkatan gula darah dipengaruhi oleh dua faktor, iaitu JUMLAH dan JENIS karbohidrat yang diambil.




Nampak tak perbezaan yang ketara antara jenis karbohidrat yang diambil. Belum lagi jumlahnya.


Kesan makanan yang tinggi Indeks Glisemik ke atas gula dalam darah..

Biasa dengar kan, makanan itu ini bisa! Orang yang ada kencing manis tak boleh makan ! Contohnya seperti tembikai. Mak mertua saya makan, tembikai atau ubi memang mencanak naik bacaan gula dalam darah.

Secara umumnya ini adalah contoh-contoh indeks glisemik bagi makanan-makanan tertentu.



Boleh dijadikan panduan untuk menagtur pola pemakanan keluarga kita dan juga pesakit diabetes.

Berapakah Indeks Glisemik ESP ????? ......Jawapannya 39.
Main teka-teka je ke UM ni ?? Tidak. Ada jurnalnya yang dah publish. Ada clinical study.

Memang sesuai untuk pengidap diabetes. Tapi....please....consult dahulu. Kenapa ? Tak boleh makan macam tu je ke? Konsultasi adalah cara yang terbaik. Terdapat sesetengah situasi yang tidak sesuai untuk minum ESP. Namun, kebaikannya saaaaangaaaat banyak.

Kebaikan dan khasiat ESP untuk semua (klik sini )
 

Berminat untuk minum ESP boleh hubungi UM - 0134396973 , SPECIAL PRICE, InsyaAllah. UM suka kongsi kebaikan dengan semua. Paling penting konsultasi FREE. Boleh ke nak consult ? Awak tu bukan sesiapa la UM..InsyaAllah, dengan sedikit ilmu yang UM ada sepanjang 4 tahun dalam bidang Food Technology dulu , masuk kilang keluar kilang, dan kursus-kursus nutrisi dan pemakanan yang UM hadiri sehingga hari ini. Kita 'share' apa yang kita tahu. Semoga bermanfaat untuk semua.



Ok.. Wallahu A'lam.

Set Kesuburan Shaklee Bantu Cepat Hamil

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Hari yang mendung, hati pun mendung. Mulalah nak bersajak. Untuk pembaca yang membaca blog UM yang masih lagi belum dikurniakan zuriat. Cuma satu ungkapan yang UM boleh ungkapkan. SABAR. Ah! Mudah lah cakap. Cuba kau yang kena! Pasti, kadangkala itu yang terdetik di hati kita.
Entri kali ini mungkin super duper panjang. Entri yang diiringi air mata, air hidung lagi..haha..
Silalah bersabar untuk membaca sampai habis dan ambillah manfaatnya.



UM nak bertanya...pernah tak anda alami situasi dan perasaan seperti ini. Baca dan jawab jujur pada diri sendiri.

1. Dalam group-group FB,WhatsApp, Telegram dan lain-lain ada yang post orang itu orang ini mengandung...siap tanya lagi siapa lagi nak mengandung. Dan ada juga mereka yang menulis impian-impian untuk tambah anak..APAKAH PERASAAN ANDA ?.

2. Dalam group-group FB, WhatsApp, Telegram dan lain-lain, ada yang post berita-berita kelahiran anak si fulanah dan si fulanah. Semestinya kita juga orang yang tidak berkecuali untuk 'wish'. Nanti tak 'wish' apa pula orang kata..APAKAH PERASAAN ANDA ?

3. Dalam group-group FB , WhatsApp, Telegram dan lain-lain, sibuk orang merancang untuk ziarah orang itu, orang ini yang bersalin..APAKAH PERASAAN ANDA ?

4. Apabila ingin menghadiri apa-apa program, ibu-ibu lain yang nak pergi program kalut mencari nurseri yang boleh terima anak-anaknya semasa hujung minggu. Anda mendengar perbualan dan perbincangan dari awal hingga akhir dan mereka juga sesekali bertanya pendapat anda. APAKAH PERASAAN ANDA ?

5. Anda diminta tolong untuk menjaga anak-anak kawan anda yang 'outstation' kerana anda dikatakan lebih banyak masa dan tiada komitmen anak lagi. APAKAH PERASAAN ANDA ?

6. Anda berada di kalangan kawan-kawan yang apabila berjumpa akan besembang menceritakan gelagat-gelagat dan perkembangan anak-anak masing-masing. Anda diam tak tahu nak mencelah apa. APAKAH PERASAAN ANDA ?

7. Apabila balik kampung, jiran-jiran, saudara mara seringkali bertanya soalan ini , "Bila nak ada anak?""Tak ada lagi ke?" (sambil muncung mulut tunjuk ke arah perut kita). APAKAH PERASAAN ANDA ?

8. Lebih best ada yang 'sound'"Nasib baik laki baik, kalau tak, dah kahwin lain dah, nak tunggu awak beranak entah bila,"...tak pun.." Eh, kau ni mandul ke? Ke suami kau yang mandul? Lama dah kan kahwin?"APAKAH PERASAAN ANDA?

9. Balik kampung asyik mak mertua, bapa mertua cerita anak  orang tu, anak orang ni dah bersalin..APAKAH PERASAAN ANDA?

10. Dan...bila masing-masing berbincang tentang ekonomi yang semakin parah hari ini, harga barang naik, harga rumah naik....ada pula yang berkata, "Korang takpelah, takde anak, makan pun untuk dua orang je."APAKAH PERASAAN ANDA ?


Kenapa UM senaraikan 10 situasi di atas? Beria sangat. Ya ! Sebab itu yang pernah UM kena. Soalan-soalan dan situasi itu sering berlaku. Bahkan banyak lagi soalan lain yang terlebih 'killer'. Tambahan pula, bukan nak kata, tetapi masyarakat kita tidak semua yang celik pengetahuan tentang soal ini. Wanita juga yang biasanya akan dipersalahkan. Kadang-kadang suami pula boleh buat 'macho' je berdiri di sebelah apabila isteri diasak soalan-soalan "killer'. ( Maaf ! Ayat berbaur provokasi...haha ).

Dahlah tu....layan perasaan pun tak guna kan?

Banyak jalan yang kita boleh ikhtiar, tertutup satu jalan, masih beribu-ribu jalan yang masih terbuka. Usahalah.

Apa yang perlu kita buat ?

Langkah 1

Kuatkan aspek dalaman kita.

1. Duduk sejenak, muhasabah diri mohon ampun dengan Allah.

2. Mohon maaf dengan semua orang terutamanya (ibu, ayah, ibu mertua, ayah mertua), moga hidup       kita berkat asbab redha mereka. Jangan pandang enteng hal ini !.

3. Tingkatkan kualiti ibadah wajib, tambahkan dengan ibadah yang sunat. Banyakkan istighfar.
(Hati yang bersih, rezeki mudah datang. Anak itu rezeki. Allah ingin beri rezeki yang terbaik untuk kita).

4. Berdoa agar Allah mudahkan langkah dan usaha kita.

5.Banyakkan bersyukur . (Mungkin kita ada suami yang baik dan soleh, ibu bapa yang sentiasa menyokong kita, ibu bapa mertua yang baik, adik-beradik yang memahami dan banyak membantu kan?). Ada insan lain yang tiada apa yang kita ada. Fikir itu.

6. Banyakkan bersedekah.

7. Cari apa sahaja yang boleh membahagiakan dan menyeronokkan kita agar hidup lebih tenang.
( Contoh : Macam UM, suka melukis, design-design , projek-projek jahitan, menulis cerpen,blogging, ubah-ubah tema blog..haha ).

8. Jauhi mereka yang beraura negatif. Macam mana tu? Dah tahu dia suka 'sound' kita tentang tiada anak dan sebagainya, cubalah wujudkan sedikit 'gap'. Bukan bermakna tidak berkawan atau berhubungan, teruskan menghormatinya. Cuma, apa yang dikatanya, di 'sound' nya itu, tak payah masuk minda kita. Abaikan. Kenapa perlu begini ? Supaya kita kekal positif.

9. Banyakkan berkawan dengan orang-orang yang berjiwa besar dan positif.

Langkah 2

Berjumpa doktor dan doktor pakar tidak kiralah hospital kerajaan mahupun swasta (ikut kemampuan masing-masing ). Bukan isteri sahaja yang perlu jumpa doktor ya ! Suami juga. Ada kes suami tidak mahu ke hospital. Pujuklah baik-baik dan berdoalah. UM yakin suami akan bersedia untuk membuat rawatan bersama-sama . InsyaAllah suami kita semua baik-baik kan?.

Ikutilah setiap prosedur yang disarankan doktor. Rawatan kesuburan inilah satu-satunya rawatan yang paling unik kat dunia ni bagi UM. Macam-macam boleh berlaku.Pelbagai rawatan yang sesuai akan disarankan untuk lelaki dan wanita mengikut masalah masing-masing. Percaya dan yakinlah kepada Allah ! Ianya akan membuahkan hasil.

Langkah 3

Ubah pola pemakanan dan gaya hidup kita kepada yang lebih sihat. Jika selama ini kita suka makan 'fast food' dan 'junk food' , STOP dulu. Begitu juga suami. Pilihlah diet yang sihat.

Kalau sebelum ini kita tidak pernah ambil pusing tentang senaman, buatlah senaman atau aktiviti-aktiviti yang sesuai . Berenang, berbasikal, jogging, aerobik sangat baik untuk meningkatkan kualiti kesihatan.Buatlah perancangan dan jadual aktiviti riadah ini serta amalkan secara konsisten. Beriadah bersama suami juga akan meningkatkan 'mood' dan menghilangkan stres.

Langkah 4

Carilah pelbagai rawatan yang lain juga selain rawatan pakar. Terdapat pelbagai rawatan alternatif yang boleh dicuba. Kita tidak tahu dengan cara mana rezeki kita diberi (rezeki anak) kan ? Ini yang UM buat :
1. Mengurut, betulkan urat saraf ( suami dan isteri ).
2. Berbekam
3. Perubatan Islam (contoh : Darul Syifa ). Jangan cari yang khurafat pula ya ! Hihi.

Ada banyak lagi sebenarnya, seperti akupuntur dan sebagainya kan? Namun, nasihat UM carilah ilmu terlebih dahulu dengan cara membaca, bertanya pakar , bertanya orang-orang yang berpengalaman. Pilihlah yang sesuai.

Langkah 5

Ambil suplemen atau makanan tambahan. Kenapa ? Kita tahukan, makanan yang kita makan setiap hari tidak cukup nutriennya untuk aktiviti sel yang sihat. Diet kita juga kadang-kadang tidaklah seimbang mana. Kita tahu apa yang kita makan kan? Banyakkan membaca tentang nutrisi, ambil tahu dan amalkan.

Dunia akhir zaman ini juga penuh pencemaran, radikal bebas, kepesatan pembangunan ekonomi yang menyebabkan makanan kita juga tercemar. Apakah kaitannya?.

Begini. Untuk tujuan komersial, sumber makanan kita ada yang disuntik hormon, ada yang diubah secara genetik, ada yang disembur racun untuk menghalang kehadiran serangga perosak. Hal-hal ini menyebabkan kandungan nutrien dalam makanan turut terjejas bahkan dalam jangka masa yang panjang akan membawa mudarat kepada kita. Oleh itu, kekurangan-kekurangan ini memang wajar untuk ditampung dengan makanan tambahan yang sesuai dan selamat.

Pemilihan suplemen juga memainkan peranan. Boleh sahaja jika kita ingin mencuba apa-apa suplemen sekalipun, namun ada beberapa perkara yang perlu kita lihat.

1. Disahkan Halal (JAKIM).
2. Diluluskan KKM.
3. Pilih dari sumber bahan semulajadi.
4. Jika ada 'clinical study' atau published paper mengenainya, itu lebih baik.
5. Sudah terbukti berkesan (testimoni yang jujur ).

Formula penyembuhan dengan nutrisi (klik sini)

Apakah nutrisi wajib sebelum hamil (untuk kesuburan lelaki dan wanita serta persediaan hamil) ?

1. Asid Folik
Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk di dalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir. Sebaik-baiknya diambil 3 bulan sebelum merancang untuk hamil. Ianya juga dikatakan boleh meningkatkan kesuburan.

2. Zat besi
Sangat penting untuk membantu pembentukan sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mengelakkan anemia.

3. Kalsium
Bersiap sedia untuk hamil. Cukupkan kalsium untuk mengelakkan gejala kebas atau kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ianya juga membantu wanita untuk mengelakkan osteoporosis.Kajian juga menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak akan memperbaiki masalah haid wanita.

4. Omega 3
Ianya tidak boleh dihasilkan di dalam badan kita. Omega 3 ini boleh membantu mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon wanita di samping mencegah penyakit saluran darah dan strok. Umum mengetahui, ia juga mampu meningkatkan sistem imun dan menentang kanser.

5. Gamma Linolenic Acid (GLA)
Juga dikenali sebagai Omega 6. Membantu mengawal selia estrogen dan testosteron iaitu mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan , mood swing, retensi air dan sakit payudara. Pengambilan dalam jangka panjang dikatakan akan melambatkan menopous dan melambatkan penuaan.

6. Protein
Elemen paling penting untuk pembentukan sel-sel yang sihat termasuklah sel ovum dan sperma. Badan manusia memerlukan 20 jenis asid amino ( merupakan rantaian asas untuk protein) . 9 daripadanya tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada pelbagai makanan.Ianya juga penting untuk penghasilan hormon, sel darah merah,pemulihan tisu,ketahanan badan dan sebagainya.

7. Antioksidan
Makanan yang mengandungi antioksida yang tinggi boleh membantu menentang radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan. Sel-sel yang rosak juga berkemungkinan DNA nya juga rosak dan menghasilkan sel baru yang tidak sempurna. (Perlu diingatkan sperma dan ovum juga adalah sel).

8. Zink
Membantu memperbaiki masalah prostat dan ovulasi wanita. Pengambilan zink dalam jangka masa yang panjang boleh memperbaiki kemampuan seks lelaki dan kualiti sperma.

9. Vitamin E
Pengambilan vitamin E 600IU-800IU bagi lelaki boleh membantu meningkatkan kemampuan reproduktif dan meningkatkan kiraan sperma.

10. Vitamin C
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. Ianya bertindak sebagai antioksida yang mengurangkan kerosakan sel.

UM memilih Set Kesuburan Shaklee sebagai makanan tambahan. Insya Allah kita usahakan yang terbaik. Selain itu, makanan seperti kurma, habbatussauda, minyak zaitun,air zamzam dan madu juga UM amalkan.

Banyaknya makan? Kita insan istimewa yang Allah uji, jadi usaha juga mesti istimewa kan? Makanan pun istimewa. Hihi..

The Shaklee difference



The Shaklee Difference

Ok. Suplemen ini suami pun amalkan juga. Alhamdulillah, dengan izin Allah, keadaan kesihatan semakin baik daripada sebelum ini, terutamanya suami. Nantikan berita gembira daripada kami..Ahaks!..

Antara suplemen yang kami ambil :

1. ESP (Energizing Soy Protein) ------------> klik sini
2. GLA - UM & Suami ---------------> klik sini
3. VIVIX - UM & Suami ------------------> klik sini
4. Zink - Suami-----------------> klik sini
5. Omega Guard - UM & Suami------------------> klik sini
6. Vita-Lea -UM & Suami -------------------> klik sini
7. Vitamin E - Suami-------------------> klik sini
8. Vitamin C - UM & Suami -------------------> klik sini
9. B- Complex - UM & Suami ----------------> klik sini
10. CoQ Health - Tiada stok (so tak makan).

Banyaknya...ya, kerana setiap satunya ada fungsi tersendiri. Baca selanjutnya dengan klik di
(klik sini).

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, ingin mencuba berikhtiar dengan suplemen Shaklee boleh hubungi UM. Konsultasi percuma dan boleh berunding sesuai dengan bajet anda. InsyaAllah semoga bermanfaat. UM doakan semua yang beli suplemen dari blog ini dikurniakan anak-anak yang soleh solehah penyejuk mata yang akan sentiasa mendoakan ibu ayahnya fiddunya wal akhirah. Amiin Ya Rabbal Alamin.




Set Kehamilan Shaklee : Nutrisi Lengkap Sepanjang Kehamilan

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sujud syukur terlebih dahulu buat ibu-ibu yang positif hamil. Kurniaan Allah yang tidak terhingga kerana ramai yang inginkan cahaya mata tetapi belum lagi dikurniakan Allah anugerah terindah ini.

Selain pemeriksaan antenatal sebaik sahaja seorang ibu disahkan hamil bagi memantau kesihatan diri dan bayi dalam kandungan, sudah semestinya pelbagai perkara lagi yang perlu dititikberatkan terutamanya soal pemakanan dan nutrisi ibu. Kenapa? Gaya pemakanan dan nutrisi ibu semasa hamil menentukan kesihatan bayi di dalam kandungan bahkan untuk jangka masa panjang memberi kesan baik atau buruk apabila anak tersebut dewasa.



Poor maternal diet during critical periods may permanently alter body functions such as blood pressure, glucose tolerance and immune functions that influence disease development. (Sumber rujukan : American Journal of Clinical Nutrition 76 : 2002 & 80 : 2004)


Ini adalah salah satu fakta yang sempat UM baca semula dalam buku Nutrition zaman-zaman belajar di universiti dulu.

Kekurangan nutrisi semasa fasa kritikal seperti perkembangan pancreatic cell (sel pankreas) berkembang boleh menyebabkan anak mengidap Diabetes Type 2 ketika dewasa.( G. Wolf, Adult Type 2 diabetes induced by intrauterine growth retardation, Nutrition Reviews 61:2003 176-179).
Ini kerana, pankreas adalah organ penting untuk menghasilkan insulin dalam badan.


Apakah  yang perlu seorang ibu yang sedang hamil atau bakal hamil ambil tahu?

(Tengok semula graf perkembangan bayi mengikut minggu dan trimester kehamilan di atas ya.)

Keperluan nutrisi ibu hamil adalah satu kemestian kerana ianya akan melibatkan nutrisi bayi yang dikandungnya.Ibu hamil yang kekurangan nutrisi akan menyebabkan anak yang dikandungnya tidak sihat dan boleh menyebabkan komplikasi tertentu. Jadi, sangat penting bagi seorang ibu menjaga pemakanannya bukan?.

Nutrisi untuk ibu hamil ini boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan. Mungkin agak sukar bagi ibu yang mengalami 'morning sickness' di awal kehamilan, namun perlu diingat, ianya sangat penting untuk si ibu dan anak tetap sihat.

Ada yang mungkin masih 'blurr'...Kejap nutrisi kejap pemakanan. Apa ni? Baiklah. Kita baca sikit untuk tambah ilmu kita. Penting ya ilmu nutrisi bagi seorang ibu dan bakal ibu!!.

Nutrisi adalah zat,nutrien yang terdapat di dalam makanan dan diperlukan oleh tubuh.

Kenapa perlu ? Eh, boleh ke nak bergerak sehari-hari kalau tak makan? Cukupkah tenaga kita? Berfungsi dengan baikkah segala sistem dalam badan kita ni?
  • Lebih spesifik, ianya diperlukan oleh semua organisma atau makhluk hidup ini termasuk manusia untuk membolehkan ianya bertumbuh, berkembang dengan baik dan mampu berfungsi dengan baik.
  • Nutrisi adalah zat atau nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat, menjaga pertumbuhan dan juga memastikan organ boleh menjalankan tugasnya secara normal.

InsyaAllah mudah faham.

Apakah nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil ?

Secara umumnya :
  • Protein
  • Karbohidrat
  • Lemak
  • Vitamin
  • Mineral
  • DHA
Protein 

Turut dikenali sebagai sumber zat pembangun yang dapat diperoleh daripada daging lembu, ayam , ikan, makanan laut, telur putih, susu dan kekacang. Walaupun begitu, kita digalakkan untuk mengambil protein yang kurang berlemak. Tanpa protein yang mencukupi, terutamanya daripada sumber ikan , anda sukar untuk memperoleh kebaikan asid lemak yang baik untuk perkembangan otak janin. 71 gram protein diperlukan untuk ibu hamil.

Karbohidrat

Sumber makanan ini sangat penting bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan tubuh. Namun, ia perlulah diambil dalam jumlah yang sederhana. Makanlah pelbagai jenis sumber makanan karbohidrat kompleks yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti roti, mi, pasta,kekacang, syuran berkanji (kentang) dan karbohidrat ringkas seperti buah-buahan, susu,produk tenusu dan sayur-sayuran. Ketahuilah kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan kita mengalami kelesuan dan keletihan apatah lagi ketika sarat mengandung.

Zat besi

Sumber makanan ini sangat diperlukan untuk mengelakkan anemia. Tanpa zat besi yang cukup, tubuh tidak dapat membuat sel-sel darah merah dan jaringan tubuh serta organ tidak akan mendaat oksigen yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Jumlah keperluan harian adalah 27 hingga 30 mg zat besi. Jadi, makanlah lebih banyak sayuran hijau, buah-buahan kering (prun, kurma atau kismis hitam),daging, ikan salmon dan kuning telur.

Kalsium 

Amat diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi janin serta melindungi kita daripada osteoporosis dan gigi rapuh. Jika keperluan kalsium bayi tidak mencukupi, maka bayi akan menyerapnya dari ibunya! Sumber yang kaya dengan kalsium ialah sayuran hijau, kekacang, susu dan produk tenusu. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 1000 - 1500 mg kalsium setiap hari.

Asid Folik

Banyak terdapat pada sayur-sayuran berwarna hijau gelap seperti bayam dan brokoli.Keperluan asid folik adalah 800mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangannya boleh menyebabkan neural tube defect seperti spina bifida.

Vitamin B- Kompleks

Sumber makanan ini berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar dapat berfungsi dengan normal. Ianya boleh ditemui di dalam biji-bijian, kekacang, sayuran hijau, telur dan produk tenusu.

Vitamin D 

Amat baik dalam pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi . Sumbernya boleh didapati di dalam minyak hati ikan, kuning telur dan susu. 600 IU vitamin D diperlukan ibu hamil setiap hari.

Vitamin C

Sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan sistem imun badan ibu.

Omega 3

Berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. Kandungan DHA yang terdapat di dalam Omega 3 berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.

Maaf imej pinjam...sheksi sikit. (image :prenatepregnancy.wordpress.com)

Akibat kekurangan nutrisi semasa kehamilan

Malnutrisi

Malnutrisi adalah kekurangan gizi yang boleh terjadi kepada janin dan juga ibu hamil. Akibatnya ibu hamil dan janin mudah terkena berbagai penyakit. Organ janin pun tidak mampu berfungsi secara sempurna akibat malnutrisi.

Berat badan bayi tidak normal

Kekurangan nutrisi semasa kehamilan menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat yang tidak normal. 

Anak Memiliki IQ Yang Rendah

Kekurangan nutrisi sepanjang kehamilan dikaitkan dengan anak yang memiliki IQ yang rendah. Hal itu disebabkan nutrisi adalah sangat penting untuk perkembangan saraf pusat dan kecerdasan otak bayi.

Ibu hamil kekurangan tenaga

Jika ibu hamil tidak cukup nutrisi, akibatnya adalah ibu hamil akan merasa lesu dan tidak bertenaga.

Anemia 

Jika ibu hamil kekurangan zat besi dan beberapa nutrisi yang penting untuk pembentukan sel darah merah,ia boleh menyebabkan anemia.

Banyak lagi sebenarnya akibat kekurangan nutrisi semasa kehamilan. Jadi, menjadi tanggungkjawab untuk seorang ibu untuk mencukupkan nutrisi anak sepanjang kehamilan. Hakikatnya, sebelum kehamilan lagi, soal nutrisi ini wajib diambil tahu dan diamalkan.



Bertemu dengan rangkaian produk Shaklee menjadikan UM amat teruja dan senang hati untuk makan vitamin. Maaf cakap, UM sangat-sangat takut dan tidak suka dengan sesetengah vitamin yang warnanya sangat menarik, pink pekat, kuning terang...UM belajar tentang 'food colouring' dan kesannya untuk jangkamasa panjang. Pernah sekali makan Obimin, warnanya melekat pada tangan.Tak percaya, cuba hancurkannya guna tangan, tengoklah sendiri apa yang terjadi kepada tangan anda. Ya! Masih 'food grade' ! Tetapi adalah lebih baik untuk dielakkan. (Axion pun boleh makan kot, sebab 'food grade' punya dish wash kan...haha. Over sungguh UM).

The true color of OBIMIN...

Kenapa nak scary sangat... Kaler je pon...Ianya artificial colour, dear!

4 Dangerous (and Common) Vitamin Fillers You Must Avoid (Klik sini).

Colors To Die For: The Dangerous Impact of Food Coloring

Six crucial things to watch out for when buying vitamins and supplements

Are You or Your Family Eating Toxic Food Dyes?

Bolehlah baca untuk tambah ilmu. InsyaAllah bermanfaat.

Untuk kehamilan, nutrisi lengkap sangat penting demi kesihatan ibu dan bayi. Shaklee menyediakan suplemen tambahan yang cukup baik bagi UM yang boleh memenuhi setiap lompong vitamin,protein, mineral yang tidak cukup melalui diet harian kita sepanjang kehamilan.

Ianya bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan kerana diet harian kita yang kurang seimbang. Percaya atau tidak, sebenarnya tidak sampai 3% pun masyarakat kita mengamalkan diet yang seimbang dengan memakan semua jenis makanan di dalam setiap kelas makanan secara cukup dan konsisten setiap hari. Termasuklah kita. Belum cerita makanan yang dimakan adalah organik tanpa racun dan sebagainya. Betul atau tidak?

Mari kita lihat apakah yang ada di dalam Set Kehamilan Shaklee ?

1. Energizing Soy Protein sebagai sumber asid amino penting yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ bayi. 20 jenis asid amino diperlukan untuk ini. Dan 9 daripadanya tidak boleh dihasilkan oleh badan. (Baca tentang ESP di SINI).

Keperluan protein sewaktu hamil perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang meningkat sepanjang kehamilan. Ianya menjadi semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.





2. Vita-Lea with Iron Formula (Multivitamin). Sudah dibincangkan mengenai keperluan zat besi sepanjang kehamilan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan si ibu lemah, mudah pitam atau pengsan, Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat. (Baca tentang Vita-Lea di SINI).





3. B- Complex . Mengandungi semua jenis keperluan tubuh terhadap vitamin B termasuk Asid Folik.
( Baca tentang B-Complex di SINI).


4. Sustained Released Vita-C .Membantu sistem imun dan penyerapan asid folik serta zat besi.
(Baca tentang SR Vita-C di SINI).



5. Omega Guard ( Omega 3). Kandungan DHA yang ada di dalamnya penting untuk pembentukan dan perkembangan otak bayi. (Baca tentang Omega Guard di SINI).



6. Ostematrix. Sumber kalsium yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi serta mengelakkan ibu mengalami osteoporosis. ( Baca tentang Ostematrix di SINI).



Perlukah untuk ambil semua ini???????
Ya. Ianya perlu dan lebih baik seawal kehamilan.

Tetapi, jika ingin mengambilnya mengikut keperluan setiap trimester juga boleh. UM ada alasan tersendiri kenapa perlunya untuk mengambil kesemua suplemen di atas, kerana jika tidak hamil pun semuanya kita perlukan untuk 'maintain' sihat kan?. Apatah lagi ketika hamil.

Trimester 1
  • ESP
  • Vita-Lea
  • SR Vita-C
  • Ostematrix
  • B-Complex
Trimester 2 & 3

  • ESP
  • Vita-Lea
  • SR Vita-C
  • Ostematrix
  • B-Complex 
  • OmegaGuard
Yang best nya suplemen ini tidaklah perlu dibeli kesemuanya banyak kali sepanjang kehamilan. Ada yang boleh dimakan sehingga 6 bulan! Dan...sehingga berpantang dan menyusukan anak nanti..Fuh ! Jimat berganda.

Bagaimana cara pengambilannya adalah bergantung kepada individu dan permasalahan masing-masing. Ada yang Hb rendah, ada yang sering kejang kaki kan? Jadi, ianya berbeza-beza. Boleh rujuk UM dulu untuk konsultasi lanjut. InsyaAllah UM akan kongsi ilmu berdasarkan pengalaman dan input dari pakar nutrisi Shaklee. (Bukan sesuka hati uols!..Heheh).

Sebelum itu....


Saya suka tengok video ni. Puan Haridah, teman baikku, sifu yang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee sepanjang kehamilan beliau. Alhamdulillah..




Ingin mendapatkan suplemen mengikut bajet anda ? 
Ingin mendapatkan suplemen lebih murah ?
Konsultasi pengambilan suplemen ?

Hubungi UM - 0134396973 


 http://4.bp.blogspot.com/-ALReaemhw-Q/ViPeaKihyTI/AAAAAAAABSw/a2at1RNjKdw/s1600/SET-HAMIL-PREMIUM.gif


Sumber rujukan : 
Healthy Foods George D. Pamplona-Roger, M.D ,2008
Understanding Nutrition Ellie Whitney & Sharon Rady Rolfes ,2008
http://www.mayoclinic.org


Jom jadi ibu hamil yang sihat untuk anak yang sihat ! Insya Allah..

Aku Sering Menangis Kerana Ibu dan Ayahku

$
0
0
Bismillahirrahmanirrahim...

Kasih ibu tanpa syarat, Cinta ibu tiada sempadan - UM

Benarlah, ibu mencintai kita sebagai anaknya sampai bila-bila. Ibu boleh bersabar dengan kita sampai bila-bila. Ibu 'concern' tentang hal kita sampai bila-bila. Even setelah berkahwin dan beranak pinak pun ibu masih bertanya..." Dik, sihat ? Dik, ada masalah ? Dik, duit cukup ? Dik, rumah baru ok? ".




Allah !  Entri juraian air mata lagi kali ini. Betapa beruntungnya UM memiliki ibu seperti mak.
Dan UM yakin ramai lagi ibu-ibu seperti mak UM.


Minggu sudah, mak datang rumah. Kebetulan ada kenduri di rumah sepupu. sehari sebelumnya lagi, mak dah telefon.

" Nak stevia tak? Elok ni, buat pengganti gula. Mak dah tak makan mana dah gula."

" Boleh juga mak. Yang kak bagi bulan lepas pun dah nak habis".

" Makan kena jaga, muda lagi. Jangan makan bukan-bukan. Kita nak buat ibadah lama lagi kan. Kalau Allah panjangkan umur kita, sampai akhirnya pun kita nak buat ibadah banyak-banyak kan. Jadi, kenalah jaga makan minum. Banyak penyakit orang-orang muda sekarang ni. Asbab tak jaga makan minumlah tu ". Panjang bebelan mak. Hihi. Masa kecil-kecil dulu tak suka sangat dengar mak membebel. Lari pergi dekat arwah ayah. Sekarang, hari-hari mesti rindu nak dengar bebelan mak. Apatah lagi ayah, walaupun ayah jarang berleter.


Alhamdulillah..Ini dia...



pengganti gula
Stevia yang mak bawa tu...

pengganti gula
Gambar terbaring pula ya. Haha..


Dan.. juga ini...Begenang lagi airmata UM. Mak simpan seketul Nasi Himpit dan sebekas sambal kelapa untuk di bawa ke rumah UM. Dia tahu anaknya suka. Ya! Memang UM kurang suka makan nasi himpit dengan kuah kacang yang manis pedas tu. Lagi 'best' makan bersama sambal kelapa yang dicambur isi ikan ini. Sedap.


Sambal nampak agak kering, baru  keluar dari peti sejuk...hari sebelum tu nak makan, tapi kenyang sangat makan di rumah sepupu, so, letak dalam peti sejuk dulu.

Sedap...Makan sambil menangis..taching..
Terima kasih mak...huhu. Speechless sebenarnya. Hanya Allah yang mampu membalas setiap pengorbanan mak dan ayah.

Pesan UM untuk diri sendiri dan semua, doakanlah mereka setiap saat. Bahagiakanlah mereka selagi terdaya.



# Kudoakan syurga buat mak...
# Kudoakan syurga buat ayah...

Air mata ini tidak pernah berhenti mengalir apabila mengingatkan pengorbanan mak dan ayah.

Wallahu A'lam.
Viewing all 65 articles
Browse latest View live